Jenama Tudung Di Malaysia Yang Paling Laris

Baik di Malaysia mahupun luar negara, pemintaan tudung semakin hari semakin bertambah sehingga menimbulkan kreativiti yang luar biasa daripada beberapa pereka fesyen atau pengusaha tudung. Hal ini secara tidak langsung menjadikan beberapa jenama tudung tempatan menjadi jenama tudung di Malaysia yang paling laris dan popular bak pisang goreng panas.

Jenama tudung di Malaysia yang paling laris

Tambahan pula, trend hijab di Malaysia semakin mendapat perhatian sehinggakan pengusaha tudung atau pereka fesyen tudung terpaksa mengeluarkan pelbagai jenis tudung yang boleh di gayakan oleh semua golongan wanita muslimah yang berhijab. Bukan itu sahaja, jika dulu, kalau bercakap soal tudung, orang ramai hanya tahu akan kewujudan tudung bawal.

Namun kini, bukan sahaja tudung bawal yang berada di pasaran malah terdapat juga shawl, dan tudung sarung yang juga semakin menjadi pilihan pembeli. Ini terbukti apabila setiap produk tudung yang di keluarkan oleh pengusaha tudung boleh di pakai oleh golongan wanita daripada usia kecil, remaja, dewasa sehinggalah tua. Tiada yang terkecuali malah semua golongan boleh memakainya.

Namun begitu, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam pemakaian hijab pasti tertanya-tanya, apakah jenama tudung yang laris di pasaran pada masa kini. Jika dilihat, banyak sebenarnya tudung yang laris di pasaran daripada jenama-jenama tudung terkenal yang boleh dilihat oleh golongan wanita yang baru bermula memakai hijab. Oleh itu, di sini kita akan tengok beberapa contoh jenama tudung di Malaysia yang paling laris di pasaran.

Tudung Cakenis

Antara jenama tudung di Malaysia yang paling laris di pasaran adalah produk tudung cakenis. Cakenis merupakan produk tudung yang di usahakan oleh model dan aktris Malaysia Hanis Zalikha. Untuk pengetahuan anda, tudung cakenis sememangnya terkenal dan laris dengan tudung bawal mahupun shawl.

Hal ini demikian kerana, tudung cakenis ini sangat mudah digayakan, senang dibentuk dan corak yang dikeluarkan juga sangat cantik dan sesuai untuk semua peringkat usia. Namun pasti ada keistimewaan lain yang menyebabkan produk tudung Cakenis sentiasa laris di pasaran dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

“Broochless Just Hook”, merupakan tagline tudung Cakenis. Melalui tagline ini sahaja anda boleh mengetahui apa sebab yang menjadikan tudung Cakenis ini popular dan laris. Tudung Cakenis merupakan tudung yang menampilkan pemakaian yang mudah dan segera di pakai tanpa memerlukan pin.

Tudung Cakenis ini di lengkapi dengan cangkuk kecil yang dilindungi di wajah dan dilengkapi dengan tirai di bahu. Inilah yang menjadi keistimewaan tudung Cakenis yang menyebabkan produk tudung tersebut laris di pasaran. Hal ini demikian kerana, pengguna atau pembeli lebih menyukai tudung yang mudah dan segera di pakai tanpa menggunakan pin. Oleh itu, tudung Cakenis merupakan salah satu jenama tudung di Malaysia yang paling laku di pasaran.

Tudung Duck

Seterusnya, tudung yang menjadi jenama tudung di Malaysia yang paling tinggi permintaan adalah tudung Duck. Tudung Duck pula merupakan tudung yang di asaskan oleh seorang pereka fesyen terkenal iaitu Vivy Yusof. Duck merupakan jenama terkenal untuk muslimah bergaya yang tertarik untuk menggembangkan koleksi tudung mewah mereka.

Sama seperti tudung Cakenis, tudung Duck juga terkenal dengan produk tudung bawal dan shawl. Namun begitu, antara produk tudung Duck yang laris adalah shawl satin, creep, chiffon, georgette yang hadir dalam pelbagai jenis variasi warna dan corak yang berbeza.

Pasti anda ingin tahu apa kelebihan tudung Duck ini sehingga ianya dikatakan antara jenama tudung di Malaysia yang terhangat di pasaran. Tudung Duck ini antara tudung yang menarik dan unik kerana setiap corak yang terdapat pada tudung tersebut diilhamkan daripada beberapa reka bentuk tempatan seperti reka bentuk bangunan klcc dan ada juga yang diilhamkan dari seni bina masjid yang berbentuk geometri yang rumit.

Bukan itu sahaja, tudung Duck juga antara tudung yang bertatahkan kristal Swarovski yang memperlihatkan rekaan tudung tersebut lebih mewah dan elegan. Ini merupakan antara kelebihan tudung Duck yang menjadi alasan mengapa tudung Duck antara jenama tudung di Malaysia yang paling laris.

Naelofar Hijab

Selain itu, tudung Naelofar Hijab antara jenama tudung di Malaysia yang terbaik selain daripada tudung Cakenis dan tudung Duck. Namun pasti ramai yang ingin tahu apakah produk tudung daripada Naelofar Hijab yang laris di pasaran. Sebelum itu, mari kita lihat serba sedikit tentang Naelofar Hijab.

Naelofar Hijab di usahakan oleh pelakon terkenal Malaysia iaitu Noor Neelofa Mohd Noor. Berbanding jenama tudung yang lain, tudung Naelofar Hijab antara tudung yang paling popular dan laris baik di pasaran dalam negara, luar negara bahkan juga popular di kalangan peminatnya sendiri.

Namun begitu, pasti ramai yang ingin tahu apakah fesyen tudung Naelofar Hijab yang terkenal yang menjadikannya salah satu produk tudung terlaris. Untuk pengetahuan ramai, tudung Nealofar Hijab terkenal dengan fesyen tudung segera. Tudung segera adalah tudung di mana wanita boleh melonggarkan tudung tersebut dengan mudah kerana ianya merupakan versi tudung kepala konvensional. Tudung sebegini sentiasa menjadi tarikan pembeli kerana ianya sesuai bagi mereka yang baru bermula memakai hijab.

Bukan itu sahaja, ianya sesuai bagi mereka yang terlalu sibuk bekerja dan memerlukan kepantasan dalam memakai tudung tanpa mengabaikan keanggunan si pemakai. Selain tu, koleksi tudung Helena antara koleksi tudung segera Naelofar Hijab yang mendapat sambutan ramai.

Hal ini demikian kerana, tudung tersebut merupakan tudung yang kaya dengan kristal opal white yang diletakkan di sepanjang lengkungan tudung. Tambahan pula, antara sebab lain yang membuatkan tudung Helena ini antara produk tudung terlaris adalah kerana tudungnya di perbuat dari Korean chiffon di mana sifat fabriknya mudah bernafas dan sejuk. Oleh kerana itu, tudung Naelofar Hijab sering dikatakan sebagai jenama tudung di Malaysia yang paling laris di pasaran.

Oleh itu, di atas telah di senaraikan beberapa produk tudung yang menjadi kegilaan atau ketertarikan pembeli sehingga produk tudung tersebut di katakan sebagai produk yang laris di pasaran. Walaupun ada di antara tudung yang di nyatakan di atas memiliki harga yang agak mahal, namun kerana keunikan dan keselesaan tudung tersebut membuatkan ramai pelanggan tetap ingin membelinya.

Selain daripada senarai di atas, masih banyak lagi jenama tudung di Malaysia yang boleh dipilih oleh pembeli dan ada juga yang menawarkan pada harga yang berpatutan yang mampu milik walaupun ianya produk tudung yang laku keras.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung sendiri

Kesimpulan

Bagi anda yang berniat untuk membuka perniagaan tudung, anda boleh menjadikan tudung-tudung di atas sebagai inspirasi atau mana-mana produk tudung lain yang anda rasa boleh di jadikan sebagai inspirasi agar anda dapat menghasilkan juga turut mampu menjadi salah satu daripada jenama tudung di Malaysia yang paling laris di pasaran suatu masa nanti. InsyaAllah..

Selain itu, bagi para peniaga yang mahu jadikan produk tudung mereka salah satu jenama tudung di Malaysia yang paling hangat di pasaran, mereka harus memastikan setiap produk tudung yang mereka keluarkan mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Ini penting!

Hal ini demikian kerana, keunikan dan keistimewaan yang ada pada produk tudung tersebut yang akan menjadikan ianya produk tudung yang laku keras. Namun anda harus memastikan bahawa anda tidak menciplak karya atau keunikan tudung yang sudah sedia ada kerana ianya merupakan salah satu tindakan yang salah dan boleh menyebabkan perniagaan anda hancur.

Pastikan anda menggunakan idea anda sendiri dan kelebihan yang ada pada diri anda untuk menghasilkan produk tudung yang unik, menarik dan disukai ramai.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Senangkah menjadi dropshipper? Tak payah modal dan simpan stok. Di dalam artikel ini akan dikongsikan pengalaman menjadi dropship tudung.

Perkongsian ini membincangkan bagaimana seseorang yang ingin menjadi usahawan dapat jual tudung jenama sendiri. Sila baca seterusnya..

Dropshiper tak perlu menyimpan stok, tak perlu berurusan dgn pembekal atau pemborong. Kita akan membincangkan cara jadi dropship tudung..

Secara ringkas, kali ini kita akan menyingkap cabaran-cabaran perniagaan tudung. Inilah yg akan ditempuhi oleh setiap usahawan tudung berjaya..

Dimanakah lubuk borong tudung yang menjadi sasaran peniaga dan usahawan membeli tudung mereka? Mari kita selidiki rahsia usahawan tudung ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!