Ayat Untuk Promote Tudung

Tudung merupakan produk yang senang dijual dan sentiasa mendapat permintaan ramai. Namun begitu, bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Istillah ‘pelanggan is always right’ sentiasa menjadi ikutan pelanggan-pelanggan di Malaysia. Oleh itu, para peniaga perlu tahu cara yang tepat untuk mempengaruhi. Selalunya, kita boleh lihat ayat-ayat marketing peniaga-peniaga di media sosial. Ayat-ayat untuk promote tudung tersebut boleh mempengaruhi pelanggan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kriteria barangan yang ingin dibelinya.

Ayat Untuk Promote Tudung

Tidak dinafikan, pelanggan datang dengan pelbagai ragam, ada yang mahu begini, ada yang mahu begitu. Oleh itu, ia adalah menjadi tugas peniaga untuk menambat hati para pelanggan. Terdapat cara-cara yang para peniaga perlu ketahui yang ternyatanya berkesan untuk memikat hati para pelanggan.

Orang yang ingin berbisnes harus tahu cara untuk mempromosikan produk mereka. Terdapat beberapa formula yang boleh digunakan untuk para peniaga membuat ayat untuk mempromosikan sesuatu produk yang ingin dijual termasuklah ayat untuk promote tudung. Apakah formula tersebut?

Formula itu adalah PAS. PAS bermaksud, Problem, Agitate dan Solve. Problem ialah ayat tersebut haruslah menerangkan masalah yang pelanggan anda sedang hadapi. Agitate pula ialah ingatkan pada pelanggan bahawa susah dan payahnya masalah tersebut kepada harian mereka. Solve pula adalah dengan memberitahu bagaimana pelanggan anda boleh hilang masalah tersebut.

Baiklah, di dalam artikel ini akan diberikan beberapa contoh ayat untuk promosi tudung dan kita akan mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan formula PAS.

Nak tudung yang labuh dan tak jarang?

Pertamanya, bagi ayat di atas adalah dimana para pelanggan menghadapi masalah untuk mencari tudung yang labuh dan tidak jarang. Kebanyakan tudung adalah jarang dan tidak labuh sehingga tidak tertutup bahagian aurat mereka. oleh itu, inilah masanya untuk para peniaga mereka ayat untuk menggamitkan hati para pelanggan.

Jadi, dengan menggunakan contoh ayat untuk promosi tudung ini, kita mulakan dengan formula PAS kita iaitu ‘problem’ tanyakan para pelanggan dengan masalah yang mereka hadapi. “Tudung anda singkat dan jarang? Susah nak cover aurat bila angin bertiup?” Itu adalah salah satu ayat yang menunjukkan masalah kepada pelanggan.

Seterusnya kita teruskan dengan ‘agitate’. “ Tudung yang singkat ni buat anda rasa tidak selesa nak berlari, beriadah” “tudung jarang menampakkan bahagian aurat dalaman, buat anda tak confident?”Ini adalah contoh bagi agitate.

Jadi untuk ‘solve’ anda boleh terangkan kepada pelanggan tentang jenama tudung anda. “Tudung (jenama) akan menyelesaikan masalah anda! Ianya labuh sesuai kepada semua peringkat umur, tidak jarang malah kainnya sejuk dan berkualiti tinggi”.

Ayat-ayat sebegini mampu untuk menarik perhatian pelanggan yang sedang mencari tudung yang labuh dan tidak jarang.

Nak bersantai dengan teman-teman, tapi nak stail tudung pun masih tak mahir?

Contoh ayat untuk promosi tudung seterusnya ini adalah sesuai untuk golongan remaja dan 20an yang suka menggayakan stail tudung masa kini.

Bagaimana ayat para peniaga boleh menyelesaikan masalah pelanggan yang sebegini? Kita berbalik kepada kepada formula PAS.

Untuk ‘problem’ kita akan mulakan ayat dengan memberitahu masalah pelanggan itu. “ tengok orang gayakan tudung cantik je. Kenapa susah sangat kita nak buat?” ini adalah ayat masalah yang kita akan guna untuk menyatakan masalah pelanggan.

Seterusnya untuk ‘agitate’. “malu nak keluar dengan kawan-kawan dengan stail tudung yang tak jadi. Boleh bad mood satu hari” agitate adalah menyusahkan lagi masalah pelanggan tersebut.

Maka, untuk solve, “ tudung (jenama) mampu menceriakan hari anda, senang dibentuk nak stail pon senang dengan rekaan tudung masa kini…” kebanyakan tudung masa kini mempunyai rekaan yang memudahkan para pelanggan untuk menggayakan tudung mereka. Hanya perlu ikat dengan tali dan tudung tersebut elok terbentuk mengikut saiz wajah. Inilah yang dimahukan para pelanggan.

Nak tudung yang selesa dan dipakai lama?

Selain ayat untuk promote tudung di atas, kebanyakan pelanggan mereka rimas dengan keadaan jenis kain tudung yang tidak selesa dan panas.  Oleh itu, inilah peluang para peniaga untuk mempromosikan jenama tudung yang dapat membantu masalah pelanggan-pelanggan tersebut.

Untuk ‘problem’ para pelanggan boleh menggunakan ayat, “ Rimas? Rambut asyik keluar. Leher dah berpeluh? Rasa macam nak cabut tudung?” ini adalah ayat untuk kita mempertanyakan masalah pelanggan kita.

Untuk menyemarakkan lagi masalah itu, “ rasa macam duduk dalam oven panasnya.” “ badan dan berpeluh-peluh, nanti bau busuk macam mana?” “Angin tak masuk langsung, nak bernafas pon tak boleh.” Ini adalah ayat-ayat yang boleh mempermainkan emosi pelanggan untuk membeli tudung kita.

Pada masa inilah kita memperkenalkan tudung jenama kita, “ jangan risau, tudung (jenama) ada penyelesaian puan-puan. Jenis material kain yang sejuk, macam dalam aircond, buat puan-puan rasa macam sayang nak cabut tudung”.

Ayat kena mantap dan hebat baru boleh mempengaruhi pelanggan untuk membeli tudung kita.

Nak tudung yang mudah digosok dan tak payah iron?

Contoh ayat untuk promosi tudung ini juga antara yang terkenal bagi peniaga tudung semasa mengiklankan tudung jenama mereka. Ayat untuk promote tudung ini boleh kita jumpa dimana-mana sahaja ketika kita ingin membeli tudung. Sudah tentulah ayat yang berkaitan dengan tak perlu iron tudung.

Tak dinafikan, sesetengah pelanggan kita ada yang malas mahu menggosok tudung mereka kerana kekangan masa. Ada diantara mereka, sanggup memakai tudung berwarna hitam hari-hari kerana tudung hitam agak susah untuk dikenalpasti kedutnya. Jadi mari kita mulakan dengan formula PAS.

Untuk ‘problem’ semestinya ketidakmahuan para pelanggan membazir masa menggosok tudung. “Letih kan, tudung dah la kena gosok, nanti orang lelaki duduk atas tudung, dah kena gosok sekali lagi”.

Untuk ‘agitate’ pula, “dah membazir masa dekat gosok tudung, nak make up lagi nanti tak sempat” ayat-ayat sebegini dapat mempermainkan emosi pelanggan dan membuatkan pelanggan mempersoalkan tentang keistimewaan tudung jenama kalian itu.

Seterusnya untuk menyelesaikan masalah mereka, “ Tudung (jenama) tak perlu digosok. Masuk dalam mesin basuh pon tak kedut”. Ayat-ayat ini akan membuat para pelanggan tertawan dan mencari tahu mengenai produk anda.

Nak tudung yang warna senang masuk dengan semua jenis baju?

Selain daripada itu, tidak dinafikan pelanggan juga mempunyai pelbagai ragam dalam pemilihan warna tudung. Mereka perlu menyamakan warna tudung dengan make up dengan baju dengan kasut. Lebih-lebih lagi wanita, perkara itu amatlah penting bagi wanita untuk tampil bergaya dan menonjol kerana bagi mereka itu adalah salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Jadi, contoh ayat untuk promosi tudung ini sesuai untuk kategori pelanggan sebegini.

Takkanlah baju berwarna kuning mahu digandingkan dengan tudung berwarna merah? Tidakkah pelik? Oleh itu pemilihan warna tudung juga adalah salah satu perkara yang boleh dititikberatkan kepada peniaga tentang pemilihan pelanggan. Kebanyakan pelanggan wanita sukakan tudung yang berwarna hitam, nude, coklat, beige ia senang digandingkan dengan berbagai-bagai pilihan baju. Oleh itu mari kita kaitkannya dengan formula PAS.

Ayat untuk promote tudung bagi ‘problem’ ialah seperti berikut, “susah nak gandingkan warna tudung dengan pakaian? Tak kena? Rasa macam alien?”. Ayat-ayat ini sudah boleh membuatkan pelanggan resah dan serba tak kena.

Mari kita tambahkan lagi dengan ‘agitate’ “malunya nak keluar rumah, tudung tak matching dengan baju. Orang pandang-pandang pulak!” agitate adalah cara mahu menambah lagi emosi untuk mempengaruhi pelanggan.

Seterusnya, mari kita selesaikannya, “Tudung (jenama) hadir dengan pelbagai jenis warna, boleh pilih yang mana kita suka, banyak pilihan warna, jenis kain berkualiti tinggi juga senang dibentuk.” Iya. Inilah cara untuk menggamit hati para pelanggan untuk mencuba produk kita.

Disini, sudah kita ketahui cara membina ayat untuk promote tudung. Formula PAS sedikit sebanyak dapat membantu para peniaga dalam kemahiran membina ayat yang boleh mempengaruhi para pelanggan. Formula ini bukan sahaja boleh digunakan dalam perniagaan tudung, malah jenis perniagaan yang lain juga boleh menggunakan formula yang sama.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung sendiri

Kesimpulan

Kesimpulannya, setidaknya dengan adanya formula PAS ini, ia dapat meningkatkan hasil jualan tudung para peniaga. Namun begitu, usaha yang keras dan semangat tidak berputus asa itulah yang penting dan dapat memajukan perniagaan anda sekaligus mencapai apa yang kita ingini.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!