Apa-apa jenis perniagaan sekalipun, jika ia mempunyai cara marketing yang hebat, perniagaan itu pasti akan mendapat sambutan daripada pelanggan. Marketing atau pemasaran boleh datang dari pelbagai jenis dan cara antaranya; copywriting, gambar, poster atau maklumat semasa mengenai produk. Strategi marketing yang baik boleh meningkatkan pasaran penjual serta menaikkan sesuatu jenama tersebut. Kebanyakan peniaga termasuklah peniaga tudung sering mengeluh dan tertanya-tanya kenapa sales turun? Kenapa sales gagal naik? Dalam artikel ini disenaraikan beberapa cara marketing tudung yang boleh digunakan oleh peniaga-peniaga yang baru menjinak-jinak dalam perniagaan tudung.
Isi Kandungan
Berkemungkinan situasi ini terjadi kerana kegagalan marketing sesuatu perniagaan itu. Begitu juga dengan marketing tudung. Tudung adalah suatu produk yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Ramai usahawan tudung yang berjaya pada masa kini menggunakan marketing yang hebat dan menarik perhatian pelanggan. Strategi atau cara jual tudung usahawan-usahawan tersebut boleh diikuti atau menjadi inspirasi untuk peniaga-peniaga tudung baru.
Content yang Digunakan untuk Marketing
Antara cara marketing tudung yang perlu dikuasai oleh para peniaga terutama peniaga baru adalah cara membuat content marketing itu sendiri. Untuk mencari content yang tepat bagi marketing, para peniaga harus tahu cara terbaik yang perlu mereka lakukan bagi menarik perhatian pembeli.
Hal ini bermaksud, gaya penulisan, ayat-ayat yang power, ayat-ayat yang boleh menarik minat pelanggan untuk membelinya. Antara salah satu perkara paling mudah untuk dipelajari dan difahami di dalam pengurusan marketing tudung adalah konsep soft skill dan juga hard skill.
Soft skill dan hard skill bukan hanya digunakan semasa pekerjaan di pejabat malah dalam berniaga juga terdapat kaedah soft skill dan hard skill tersendiri. Soft skill yang boleh digunakan semasa marketing ialah membuat pelanggan tertanya-tanya tentang produk yang akan diniagakan.
Untuk marketing tudung, menulis ayat-ayat yang ‘power’ tentang kualiti tudung yang mahu diniagakan juga dapat menarik perhatian para pembeli. Untuk membina ayat-ayat yang ‘power’ dan memukau pembeli. para peniaga perlu mahir dalam menulis ayat-ayat soft skill.
Peniaga baru boleh merujuk strategi penulisan usahawan tudung yang sudah berjaya untuk dijadikan contoh kepada marketing peniaga baru. Selain itu, untuk marketing hard skill, peniaga perlu mengutamakan kandungan format sesuatu pemasaran.
Contohnya, bagi cara memasarkan produk tudung, peniaga tudung boleh menggunakan medium media sosial untuk memasarkan marketing tudung itu. Untuk hard skill, segala butiran mengenai haruslah tepat dan straight to the point.
Mengenai harga, kualiti, jenama, kelebihan, haruslah ditulis dengan tepat. Cara marketing hard skill dan soft skill amat membantu para peniaga dalam memasarkan perniagaan produk tudung mereka.
Jual Tudung Menerusi Blog
Ini adalah salah satu lagi strategi pemasaran cara marketing tudung yang kerap dilakukan oleh para peniaga tudung di luar sana. Iaitu adalah memasarkan tudung melalui blog.
Sekarang ini, medium blog ini boleh dikatakan semua peniaga tudung bermacam-macam jenama telah menggunakan blog mereka sendiri. Oleh itu, para pembeli hanya perlu ke laman web tudung-tudung yang mereka minati dan lawati terus ke blog tudung-tudung tersebut.
Dari situ, mereka boleh melihat gambar-gambar contoh tudung yang ada beserta dengan harga yang dipamerkan. Mereka boleh terus melakukan pembelian secara online menerusi blog tudung itu.
Antara jenama blog tudung yang terkenal adalah seperti JELITASARA, Kekaboo, asgelleria dan banyak lagi. Dengan menggunakan blog, peniaga tudung boleh meletakkan gambar tudung yang menarik dan boleh menarik perhatian pembeli.
Selain itu, mereka juga boleh mempamerkan kepelbagaian jenis tudung beserta harga yang berbeza yang boleh dinilai oleh pembeli. Kepelbagaian pilihan yang terdapat didalam blog boleh mempengaruhi pembeli agar mereka rambang mata dengan melihat jenis kain, corak dan harga yang dipamerkan.
Gunakan Instagram sebagai Platform
Seterusnya, cara marketing tudung yang paling popular dan menjadi ikutan usahawan juga peniaga pada masa kini adalah cara memasarkan produk tudung melalui media sosial Instagram. Di instagram, para peniaga boleh mengaktifkan akaun perniagaan sendiri dan mendaftarkan dengan jenama tudung yang kita mahu.
Instagram itu akan disetkan menjadi akaun perniagaan dan membenarkan kita untuk mempamerkan produk-produk tudung kita. Di Instagram, peniaga boleh memuatnaik jenis-jenis tudung jenama sendiri yang ingin dijual.
Di situ juga peniaga boleh meletakkan link laman web blog tudung di ruangan caption. Link itu akan ditekan oleh pelawat dan pembeli dan sekaligus akan membawa mereka ke laman web jenama tudung itu.
Cara jual tudung di Instagram juga jangan diabaikan. Para peniaga boleh memasarkan tudung mereka di story instagram dan juga menyimpannya di highlight untuk rujukan pembeli yang terlepas melihat story anda.
Selain itu, IG live juga boleh peniaga guna untuk mempromosikan tudung. Dengan IG Live, para pengikut di instagram boleh menyertai dan melihat peniaga mempromosikan tudungnya. Dari cara itulah para penjual dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk mereka.
Gunakan Facebook group untuk bina komuniti jenama tudung
Disamping itu, cara marketing tudung terbaik yang boleh dilakukan oleh peniaga ialah peniaga boleh menubuhkan facebook group untuk jenama tudung mereka sendiri. Melalui group tersebut peniaga boleh mengembangkan komuniti ahli group dan menjual tudung-tudung yang ada.
Selain itu melalui group facebook juga, peniaga boleh membuka pendaftaran untuk pengambilan stokis, agent atau dropship. Dari situ perniagaan akan berkembang dengan bantuan stokis agent dan dropship.
Mereka berperanan untuk mempromosikan barangan peniaga kepada orang lain sekaligus cara ini dapat mengembangkan perniagaan peniaga tersebut. Cara ini juga akan memudahkan sesuatu jenama itu dikenali ramai.
Stokis, agent dan dropship boleh dibuka dari seluruh negeri di semenanjung malaysia. Menggunakan akaun Facebook, Facebook juga mempunyai akaun khas untuk perniagaan dan di bahagian marketplace, para peniaga boleh mempromosikan produk jualan mereka di ruangan itu.
Pada ruangan itu, para pengguna Facebook yang sedang mencari tudung akan lebih tertumpu di dan mencari di ruangan itu. Selain itu, dengan bayaran tertentu, Facebook juga ada menyediakan servis untuk facebook ads untuk mempromosikan produk kita kepada pengguna.
Di Facebook juga terdapat Facebook Live yang hampir sama fungsinya dengan instagram. Dengan Facebook Live ini juga, peniaga boleh mempromosi sekaligus menjual tudung mereka kepada pengikut yang menonton live tersebut.
Gunakan Aplikasi Tik tok
Selain menggunakan aplikasi sosial media untuk dijadikan cara marketing tudung, terdapat juga satu aplikasi viral dan menjadi tumpuan golongan muda masa kini, iaitu aplikasi TikTok. Di Tiktok, ramai peniaga menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu cara mempromosikan tudung mereka.
Seperti yang kita tahu, tiktok juga terdapat Tiktok Business yang lebih tertumpu untuk golongan peniaga mempromosikan tudung mereka. Video-video yang dilakukan di Tiktok itu mestilah kreatif dan menarik minat para pembeli untuk membeli produk peniaga tudung.
Selepas itu, kebiasaannya untuk masa sekarang, para peniaga lebih menggunakan khidmat para ‘influencer’ untuk mempromosikan tudung mereka di laman tiktok dan sosial media yang lain. Mereka akan melakukan tutorial tudung dan sebagainya untuk menarik minat pelanggan.
Namun begitu, mereka juga akan mengenakan bayaran untuk para peniaga yang mahu menggunakan khidmat mereka mempromosikan produk peniaga. Di situ, mereka juga akan melakukan ulasan terperinci tentang produk tersebut dari segi kualiti, jenis kain, harga, senang dibentuk atau tidak dan lain-lain.
Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri
Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..
Kesimpulan
Kesimpulannya, cara marketing tudung pada zaman sekarang ini harus selari mengikut arus zaman agar produk jualan kita tidak ketinggalan dengan para peniaga lain yang lebih berusaha dari kita.
Penutup
Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..
Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..
info yang bermanfaat