Kelebihan Menjual Tudung

Perniagaan tudung adalah satu perniagaan yang semakin meningkat naik dan mendapat permintaan ramai sejak-sejak ini. Hal ini kerana, wajoriti wanita Malaysia yang beragama islam adalah memakai tudung. Ini menjadi penanda aras betapa besarnya pasaran tudung di negara kita. Ini menjadikan sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung?

Kelebihan Menjual Tudung

Seperti yang kita lihat pelbagai jenis tudung yang boleh kita dapati di pasaran antaranya tudung bawal, tudung sarung, tudung labuh, shawl dan lain-lain lagi. Setiap tudung tersebut mempunyai kriteria yang berbeza seperti jenis kain yang digunakan atau cara menggayakan sesuatu tudung itu sendiri. Telah ramai usahawan tanah air yang berjaya dan mempunyai bisnes dengan dapatan yang bejuta-juta hanya kerana menjalankan bisnes perniagaan tudung.

Ternyatalah bukti bahawa tudung adalah satu produk yang laku keras di pasaran. Bukan itu sahaja, malah pada masa kini, terdapat ramai usahawan-usahawan tudung yang memulakan perniagaan tudung hanya secara online yakni dari rumah sendiri. Jika anda mempunyai telefon pintar atau komputer riba, anda boleh menjual tudung. Senang bukan?

Segalanya di hujung jari. Medium-medium seperti Shopee, Facebook, Instagram telah menjadi sasaran peniaga untuk jual tudung mereka. tambah-tambah lagi, mendapat sambutan yang hebat daripada pembeli tidak kira golongan tua atau muda.

Sebenarnya, apakah rahsia para peniaga ini mendapat pulangan yang lumayan dengan hanya jual tudung? Di dalam artikel ini akan disenaraikan beberapa kelebihan menjual tudung yang boleh dijadikan rujukan oleh peniaga-peniaga baru yang mahu berjinak-jinak dalam perniagaan tudung.

Modal Berniaga Tudung adalah Rendah

Antara kelebihan menjual tudung yang perlu peniaga tahu dan jelas sebelum memulakan perniagaan tudung ialah, untuk memulakan perniagaan  tudung ia memerlukan modal yang rendah. Kebanyakan para usahawan tudung yang berjaya mereka memulakan perniagaan tudung mereka secara kecil-kecilan dahulu.

Antara salah satu cara mereka memulakannya adalah dengan tidak perlu membeli apa-apa peralatan sekalipun. Cuma, hanya perlu membeli stok tudung sahaja. Stok tudung ini boleh dibeli secara borong. Anggaran harga pada permulaannya adalah sekitar RM300 hingga ke RM400 sahaja.

Apa yang lebih menguntungkan jika peniaga itu sudah mempunyai kemahiran dalam menjahit, peniaga hanya perlu membeli kain sahaja kemudian menjahitnya menjadi tudung. Itu bagi mereka yang sudah mempunyai peralatan menjahit sendiri. Mereka boleh jual tudung jenama sendiri.

Namun begitu, jika seseorang itu mahu meniaga tetapi tiada pendapatan langsung, mereka boleh memulakannya sebagai dropship tudung ataupun jika sudah mahir menjadi dropship, mereka boleh meningkatkan sasaran dengan menjadi agent atau stokis.

Terdapat pelbagai jenama tudung yang sedang mencari dropship atau agent masa kini, seseorang itu hanya perlu pandai mencari dan tahu cara untuk berinteraksi dengan pelanggan melalui media sosial.

Apa yang lebih penting adalah, untuk peringkat permulaan, seseorang peniaga itu perlu tahu pada siapa tudung itu mahu dijual dengan mengadakan target sasarannya terlebih dahulu.

Tapi, pada peringkat kecil-kecilan, peniaga itu boleh mempromosikan tudung itu kepada keluarga terdekat atau kawan-kawan terlebih dahulu. Selain itu, peniaga itu perlulah bijak dan peka dengan permintaan semasa, mereka perlu melakukan beberapa research tentang jenis tudung permintaan masa kini, apa yang pelanggan suka, apa jenis kain yang direbuti pelanggan dan sebagainya.

Jika peniaga itu mempunyai maklumat dan pengetahuan berikut, adalah lebih senang kepadanya untuk memulakan perniagaan tudung.

Tudung adalah Produk Mudah Dijual

Selain itu, kelebihan menjual tudung yang memberi manfaat kepada peniaga ialah produk tudung itu sendiri adalah mudah dijual. Seperti dikatakan, Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya muslim dan bertudung adalah keutaamaan kepada wanita-wanita muslim. Sebab itulah, produk tudung ini mudah dijual kepada masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja untuk wanita muslim, malah wanita bukan muslim juga ramai yang mencari tudung untuk dijadikan selendang atau scarf. Jelaslah disini, bahawa produk tudung menjadi kegilaan ramai dikalangan masyarakat di negara Malaysia.

Bukan itu sahaja, jika dilihat pada masa kini trend dan penggayaan tudung berubah dari zaman ke zaman dan itulah yang menjadi contoh kepada golongan wanita terutama remaja yang sukakan penggayaan dan kecantikan.

Telah banyak gaya dan tutorial tudung dibuat di laman-laman sesawang seperti Tiktok, Instagram dan meraih banyak like dan views. Oleh itu, tidak hairan tudung menjadi lambang kecantikan kepada wanita dan itu yang menjadikan produk ini sebagai rebutan ramai.

Buat Bisnes Tudung hanya dari rumah

Kelebihan menjual tudung yang boleh kita dapati adalah bisnes tudung ini juga boleh dijalankan hanya buat dari rumah. Ini juga merupakan antaran kelebihan terbesar yang boleh didapati dengan melakukan bisnes jual tudung. Ini juga merupakan berita yang baik kepada suri-suri rumah.

Mereka-mereka yang masih belum mendapat kerja juga boleh melakukan bisnes ini. Senang bukan? Masa yang terluang telah terisi. Duit juga kita dapat. Bukan itu sahaja, mereka-mereka yang sudah bekerja dan mahu mendapatkan pendapatan lebih juga boleh melakukan bisnes tudung. Semuanya di hujung jari.

Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes tudung dari rumah, seperti yang telah ditulis diatas, peniaga baru boleh menyertai laman-laman griup bisnes di media sosial dan memulakan perniagaan menjadi dropship terlebih dahulu.

Selain itu juga, peniaga boleh membeli stok tudung secara online dan menjualnya kepada keluarga terdekat, jiran-jiran tetangga, saudara mara atau kawan-kawan. Di samping cuba jual tudung online melalui pelbagai media sosial.

Peniaga boleh mempromosikan di story-story medial sosial atau menyebarkan tentang jualan ke group-group di media sosial seperti whatsapp atau telegram.

Apa yang lebih menguntungkan dengan menyertai group dropship jualan tudung, ada sesetengah jenama tudung menyediakan ayat-ayat marketing dan class percuma untuk ahli belajar cara menjalankan perniagaan. Sekaligus, peniaga dapat berniaga dan menambah ilmu.

Perniagaan Tudung Tiada tarikh Luput

Tidak seperti produk menjual makanan atau bahan-bahan skincare, make up dan lain-lain, kelebihan menjual tudung adalah tudung tiada tarikh luput. Ini kerana tudung adalah pakaian dan bukan seperti produk makanan, bahan mentah, barang-barang make up, produk kosmetik, produk kecantikan dan sebagainya.

Kita boleh simpan tudung itu selama mana yang kita mahu. Kita tiada risiko untuk menanggung tudung itu rosak jika dijaga dengan rapi. Jika, katakanlah jualan tudung anda tidak laku, anda tidak perlu risau untuk menanggung kos tarikh luput dan sebagainya.

Anda boleh menawarkan harga diskaun untuk menarik perhatian pelanggan membeli tudung anda. Anda juga boleh melakukan jualan lelong terhadap tudung-tudung yang masih belum habis dijual. Namun begitu, jika cara itu masih terdapat tudung yang terbazir, anda boleh menghadiahkan melalui free gift jika anda menjual barangan lain atau anda juga boleh menderma ke mana-mana pihak atau individu.

Jadi, perkara ini menjadi salah satu kelebihan dalam perniagaan tudung. Peniaga kurang risiko dan bebanan terhadap tudung yang masih belum habis dijual.

Tudung merupakan Produk Evergreen

Apa itu produk evergreen? Produk evergreen adalah produk yang sentiasa diguna pakai sepanjang zaman. Seperti kata pepatah “Tak lapuk dek hujan, tak lekang di panas”. Ia adalah produk perniagaan tudung. Sentiasa digunakan pakai dan mendapat permintaan ramai walaupun apa jual keadaan ekonomi sekalipun.

Ia adalah salah satu kelebihan menjual tudung yang tidak dapat dinafikan lagi. Seperti yang dinyatakan di atas. Produk tudung sentiasa mendapat perhatian ramai. Ia tidak seperti produk kuih raya, ianya hanya laku ketika musim perayaan.

Namun untuk jualan tudung, ianya sentiasa mendapat sambutan. Bila tiba musim perayaan, jualan akan meningkat lebih lagi daripada biasa. Bukankah itu suatu yang menguntungkan?

Keunikan tudung yang tersendiri

Selain itu, tudung itu sendiri memiliki kelebihannya yang unik. Tudung shawl ada keunikannya, tudung sarung ada keistimewaan yang khusus dan begitu juga dengan tudung labuh.

Kita ambil contoh tudung bawal. Antara kelebihan tudung bawal, termasuklah:

  • Selesa dipakai
  • Kain berkualiti
  • Harga berpatutan
  • Mudah digayakan
  • Nampak muda
  • Kelihatan Lebih Sederhana

Ini memudahkan lagi anda untuk menjual tudung.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca ebook bisnes tudung di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

ebook bisnes tudung

Kesimpulan

Kelebihan menjual tudung ternyata memberikan impak kepada para peniaga baru zaman sekarang memilih tudung sebagai produk yang mereka ingin jual. Ianya banyak kelebihan, senang dijual. Hanya tinggal semangat, berani dan tidak berputus asa yang akan menjadikan sesuatu perniagaan itu melonjak dan berjaya ke puncak dan dikenali ramai.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Mencari jenama tudung sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya. Baca tips mencari idea jenama tudung ni..

Leave a Comment

error: Content is protected !!