Sebagai sebuah negara yang majoritinya muslim, wanita Malaysia kebanyakannya mengenakan hijab atau tudung. Oleh itu, pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Terdapat pelbagai jenama tudung yang sudah popular di negara kita seperti HanaTajima, Neelofar Hijab, Ariani, Duckscarves dan banyak lagi. Jenama-jenama tudung tersebut sudah lama mencipta nama dan pemiliknya adalah antara usahawan yang berjaya di Malaysia. Jadi, pada kali ini kita akan menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri.
Isi Kandungan
Namun begitu, semua usahawan perlu bermula dari bawah. Melalui susah dan senang dahulu sebelum berjaya mengecapi sesuatu yang diimpikan. Itulah lumrahnya jika seseorang itu ingin bergelar seorang usahawan yang berjaya. Apa yang lebih membanggakan, di Malaysia terdapat ramai usahawan yang sudah mencipta tudung jenama sendiri di usia yang muda.
Oleh itu, pada mereka yang ingin memulakan bisnes tudung jenama sendiri, pasti terdapat banyak tanda tanya yang berler-legar di fikiran mengenai apa yang perlu dibuat? Di mana nak cari supplier? Tudung yang macam mana pelanggan suka? Jadi, disini terdapat beberapa cara yang boleh dikongsikan. Antaranya:
Memulakan Bisnes Tudung dengan Bersungguh-sungguh
Jika mahukan perniagaan, pastikan ada minat. Kalau tidak minat, segala apa pun yang kita buat tidak akan berjalan lancar. Oleh itu, untuk memastikan bisnes tudung kita berjalan lancar dan kekal, kita perlulah memulakan sesuatu itu dengan penuh keazaman. Anda boleh merancang terlebih dahulu sistem perniagaan anda. Anda juga boleh menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai kelas-kelas berniaga secara online.
Selain itu anda juga boleh menceburi bidang perniagaan tudung secara kecil-kecilan seperti menjadi dropship atau agent terlebih. Melalui perniagaan itu, anda boleh belajar cara membuat promosi dan cara-cara untuk menarik pelanggan membeli tudung kita.
Selain itu, cara yang lain pula, jika anda mempunyai duit yang cukup, anda boleh memberi secara borong tudung yang ada di pasaran dan menjual semula. Ataupun, jika anda mempunyai kepakaran menjahit, anda boleh membeli kain tudung yang dijual di pasaran dan menjahit kain tudung tersebut mengikut ukuran yang dimahukan.
Namun begitu, cara tersebut agak berisiko kerana melambatkan masa dan jika tudung tidak terjual, anda perlu menanggung kos kerugian tersebut. Tapi haruslah ingat, perniagaan tudung tersebut perlulah komited dan berterusan agar ianya berkembang di kemudian hari. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Menyenaraikan bisnes tudung yang popular di Malaysia
Seterusnya, cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri adalah dengan menyenaraikan bisnes tudung yang popular di pasaran. Dengan cara ini, anda boleh melihat cara perniagaan tudung menjadi laris dan mengapa pelanggan begitu suka.
Anda boleh melihat bagaimana perjalanan hidup usahawan sesuatu jenama itu berkongsikan pengalaman beliau dan boleh menjadikan inspirasi kepada anda. Lihat bagaimana cara mereka membuat pasaran dan promosi dalam menjual. Begitu juga dengan cara mereka meletakkan target sasaran kepada pelanggan.
Dari kajian bisnes orang lain, anda boleh belajar bagaimana untuk menjual tudung dengan cara yang berkesan. Hal ini dapat membantu anda untuk mengeluarkan tudung jenama anda sendiri. Setiap bisnes haruslah mempunyai strategi tersendiri dan anda boleh menggunakan strategi tersebut dan mengaplikasikannya di dalam bisnes tudung anda sendiri.
Selain itu, anda juga dapat belajar tentang susah senang orang lain dalam membangunkan bisnes mereka sendiri. Kisah mereka boleh anda jadikan pengajaran dan semangat buat anda meneruskan perniagaan anda di dalam bisnes tudung anda.
Tentukan Target Sasaran
Untuk cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri yg seterusnya, perkara paling penting yang perlu dilakukan sebelum mendirikan sesuatu bisnes adalah dengan meletakkan target sasaran kita sendiri. Secara umumnya, di dalam perniagaan tudung, terdapat tiga golongan sasaran terbesar yang perlu diketahui oleh peniaga-peniaga tudung.
Tiga sasaran tersebut ialah, golongan High Class, golongan Middle Class dan golongan budget class. Untuk golongan high class, tudung-tudung yang akan disasarkan untuk golongan ini mestilah menyediakan design dan corak yang eksklusif seiring kualiti ianya juga adalah bermutu tinggi.
Antara jenama tudung yang menyasarkan untuk golongan atasan ialah seperti jenama Duckscarves atau Fareeda. Harga bagi sehelai tudung yang dijual boleh mencapai melebihi sehingga ratusan ringgit. Peniaga tudung yang menyasarkan golongan sasaran ini haruslah mengeluarkan kos yang besar dan bersiko tinggi. Namun begitu, hasil pulangan juga adalah besar dan lumayan.
Seterusnya bagi golongan middle class pula, harga yang ditawarkan pula adalah harga yang mampu milik. Disamping itu, design dan corak juga adalah berkualiti dan menarik perhatian. Harga sehelai tundung adalah diantara 30 ringgit ke atas. Sasaran market ini menggunakan kos yang sederhana dan risiko yang ditanggung juga sederhana.
Sasaran seterusnya adalah golongan budget class. Kebiasaannya, tudung yang disasarkan bagi golongan ini adalah tudung generic atau tiada jenama. Ia boleh didapati di kedai-kedai bundle atau pasar malam. Tudung jenis ini juga mempunyai permintaan yang tinggi kerana harganya murah. Tudung ini juga boleh memberikan pendapatan yang lumayan jika peniaga pandai memilih dan menggayakannya. Ianya terletak kepada strategi seseorang peniaga tudung itu sendiri.
Untuk memulakan perniagaan tudung secara kecil-kecilan dahulu, lebih baik ia dimulakan dengan budget class atau middle class. Kesimpulannya, keberanian di dalam mengambil risiko itulah yang diperlukan untuk menghasilkan kejayaan.
Mencari Pembekal Tudung
Selain daripada itu, jika seseorang peniaga ingin memulakan perniagaan tudung jenama sendiri, mereka haruslah tahu mencari pembekal tudung. Terdapat ramai pembekal tudung di Malaysia ini dan para peniaga yang baru mula meniaga sepatutnya melakukan pencarian dan kajian terlebih dahulu dimanakan mereka harus menemui pembekal tudung yang boleh dipercayai.
Selain itu, para peniaga harus pandai mencari pembekal yang mengeluarkan kualiti dan jenis kain tudung yang berkualiti dan bagus. Selain itu, satu lagi perkara yang perlu diketahui oleh peniaga-peniaga tudung, peniaga disarankan agar tidak bergantung kepada satu pembekal sahaja malah perlu ada dua atau tiga pembekal lain sebagai backup.
Bertemu dengan pembekal tudung yang bagus adalah suatu keuntungan untuk seseorang peniaga tudung tersebut kerana pembekal itu dapat membantu peniaga dalam membekalkan tudung yang berkualiti tinggi.
Marketing dan Promosi yang hebat dan Terbaik
Selepas itu, untuk peniaga memulakan tudung jenama sendiri, mereka harus tahu cara membuat marketing dan promosi yang hebat dan menarik perhatian pelanggan. Perkara ini adalah perkara asas yang harus diketahui bagi semua peniaga.
Bagi mereka yang memulakan perniagaan melalui dropship atau agen kebanyakan founder telah menyediakan kelas-kelas online mengenai startegi berbisnes, strategi marketing yang boleh dijadikan rujukan dan dipraktikkan oleh para peniaga.
Para peniaga tudung juga boleh mulakan promosi secara kecil-kecilan terlebih dahulu iaitu dengan mempromosikan produk tudung kepada ahli keluarga terdekat atau saudara mara. Dalam strategi marketing, para peniaga haruslah belajar membuat poster menggunakan software-software digital yang tersedia.
Selain itu, para peniaga juga boleh merujuk atau mencari inspirasi daripada penjual-penjual lain cara membuat marketing yang boleh menarik perhatian pelanggan. Selain itu, Para peniaga tudung boleh berjinak-jinak menjual tudung dengan menggunakan aplikasi online seperti Shopee atau Lazada. Aplikasi tersebut sangat popular pada masa kini dan menjadi sasaran ramai pembeli.
Peniaga juga boleh melakukan marketing di laman-laman sesawang yang sudah mula mesra peniaga seperti Facebook Business, Whatsapp Business dan Instagram Business. Aplikasi ini menjadi tumpuan ramai peniaga online mempromosikan barang jualan mereka termasuklah peniaga tudung. Melalui bisnes sebegini ia dapat meningkatkan hasil jualan para peniaga terutama yang ingin memulakan secara kecil-kecilan.
Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri
Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..
Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam memulakan bisnes tudung jenama sendiri, sudah tentulah para peniaga tidak lepas dari ujian dan rintangan yang bakal dihadapi. Ciri-ciri seorang peniaga atau usahawan yang berjaya, mereka haruslah tekad dan tidak mudah berputus asa. Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mereka yang mahu menceburi dalam bidang perniagaan tudung. Di zaman berteknologi tinggi ini, segalanya hanyalah dihujung jari. Hanya mahu atau tidak mahu sahaja.
Penutup
Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..
Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..
Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..
Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..
Senangkah menjadi dropshipper? Tak payah modal dan simpan stok. Di dalam artikel ini akan dikongsikan pengalaman menjadi dropship tudung.
Perkongsian ini membincangkan bagaimana seseorang yang ingin menjadi usahawan dapat jual tudung jenama sendiri. Sila baca seterusnya..
Dropshiper tak perlu menyimpan stok, tak perlu berurusan dgn pembekal atau pemborong. Kita akan membincangkan cara jadi dropship tudung..
Secara ringkas, kali ini kita akan menyingkap cabaran-cabaran perniagaan tudung. Inilah yg akan ditempuhi oleh setiap usahawan tudung berjaya..
Dimanakah lubuk borong tudung yang menjadi sasaran peniaga dan usahawan membeli tudung mereka? Mari kita selidiki rahsia usahawan tudung ini..
Kreativiti yang luar biasa daripada beberapa jenama tudung tempatan menjadikan produk tudung yang laris dan popular bak pisang goreng panas..
Berniaga tudung bukan boleh main taram saja, harus kena dengan caranya. Mari kita lihat beberapa contoh soft sell tudung yang berkesan.
Bagi anda yang mahu mulakan bisnes tudung sarung jenama sendiri, jangan sesekali abaikan 4 hal di dalam artikel ini. Amat penting bisnes tudung anda!
Bicara kita kali ini adalah mengenai Tempah Tudung Eksklusif: Serlahkan Pesona Diri dengan Sentuhan Istimewa. Jom baca..
Sya nak buat tudung yg terkini jenama sendiri
Ya bagaimana saya kena buat persiapan itu
Assalamualaikum… nak tanya berapa kos perlukan perniagaan tudung ini? Saya tengok di pasaran ada tudung berharap rm10, rm 15, rm 20, rm 25, rm 30 dan lain2.. Jadi ada pelbagai tudung yg sesuai untuk memulakan perniagaan kecil keadilan dahulu..
Saya nk buat tudung jenama sendiri , yg berkualiti and murah serta senang terbentuk
Saya nak buat dan mulakan bisnes tudung jenama sendiri
Kami doakan kejayaan Murni. InsyaAllah..
Bagaimana nak memulakan bisnes tudung sendiri
Sapa nknmemulakan perniagaan shawl dr dubai.rekaan exclusive dan material sgt quality.serendah min 20pcs.
Wsp: 019 3976277
Saya nak buat tudung jenama sendiri boleh tak bagi penjelasn dan modal yang diperlukan
Saya ingin buat jenama sendiri. Boleh guide tak?
Hi Saya nak buat tudung jenama sendiri
PLS message ya
0127961601