Lubuk Borong Tudung

Salah satu cara usahawan atau peniaga yang ingin memulakan tudung jenama sendiri adalah dengan membeli tudung secara borong atau pukal. Namun begitu, dimanakah mereka-mereka ini mahu borong tudung? Dimanakah lubuk borong tudung yang menjadi sasaran peniaga dan usahawan membeli tudung mereka? Sebelum itu, mari kita terangkan apa itu konsep pembelian borong.

Lubuk Borong Tudung

Pembelian borong adalah sebuah kegiatan membeli barangan secara pukal iaitu dengan kuantiti besar-besaran daripada pengeluar dan menjual dengan kuantiti yang dikehendaki. Baiklah, kenapa kebanyakan pemborong memborong tudung? Hal ini kerana perniagaan tudung adalah perniagaan yang menguntungkan.

Tudung juga mempunyai gaya fesyen luas. Selain menjualnya dengan pelbagai saiz dan bidang, anda juga boleh menambah manik atau sulaman mengikut gaya dan kehendak sendiri untuk meningkatkan nilai jualan anda. Cuba anda bayangkan, daripada kita membeli harga borong hanya RM5.50 sehelai, anda boleh menjualnya sehingga RM60.00. Bukankah tinggi nilainya itu dan menguntungkan?

Oleh itu, di dalam artikel ini akan membincangakan dimanakah para peniaga boleh membeli tudung secara borong atau pukal kepada pengeluar-pengeluar tertentu. Apa yang disenaraikan di dalam artikel ini adalah tempat-tempat yang paling popular dan terlaris untuk para pemborong membeli barangan yang mereka kehendaki terutamanya tudung. Tempat-tempat yang dikatakn itu adalah:

Jalan Masjid India

Terletak di ibu negara, Kuala Lumpur, jalan Masjid India juga terdapat pelbagai kedai menjual kain tudung. Kebanyakan kedai atau gerai house yang dibuka adalah daripada peniaga Pakistan. Peniaga Pakistan tersebut mendapatkan tudung yang dijual mereka daripada negara seperti China, Bandung, Indonesia dan Vietnam.

Tidak dinafikan, jika anda kesana buat pertama kalinya, anda pasti akan merasakan harga yang ditawarkan oleh mereka adalah agak mahal. Tetapi, sekiranya anda berkemahiran di dalam tawar-menawar, anda pasti boleh mendapatkan harga yang berpatutan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Oleh itu, anda harus mencuba nasih di gerai-gerai yang ada dan membandingkan kedai atau gerai mana satukah yang lebih berbaloi. Apa yang istimewanya masjid india juga,kerana ia berdekatan dengan Jalan TAR dan Jalan Chow Kit. Jalan Tar dan Jalan Chow Kit juga adalah lubuk borong tudung yang terkenal dan menjadi tumpuan.

Jalan-jalan ini hanyalah berdekatan dan memberikan anda pelbagai pilihan untuk memborong tudung yang disukai. Oleh itu, buatlah pilihan yang terbaik dan pastikan anda berpuas hati dengan apa yang anda borong.

GM Klang

Selain daripada Masjid India di Kuala Lumpur, tempat paling mudah untuk pergi dan menjadi tumpuan para pemborong semestinyalah di GM Klang. Tempat ini merupakan pusat borong barang terbesar di negeri Selangor. Bukan hanya tudung, pelbagai aksesori lain juga anda boleh dapati disini.

Antaranya ialah, baju, beg, pin tudung. Ia sebenarnya menguntungkan anda yang mahu berniaga tudung. Mungkin aksesori seperti pin tudung scarf, kerongsang dan lain-lainnya boleh menjadi produk sampingan dalam jualan anda. Hal ini akan memeriahkan lagi kepelbagaian barangan yang ingin anda jual.

Selain pelbagai barangan yang dijual, penjual disana juga sangat ramah dan baik hati. Mereka juga sudi membantu anda mencari tudung yang mengikut kriteria anda. Inilah salah satu kelebihan yang ada di GM Klang sehingga ia menjadi lubuk borong tudung yang dikunjungi ramai.

Anda juga boleh melakukan tawar-menawar dengan para penjual di sana. Untuk pengetahuan anda, GM Klang juga mempunyai cawangan di area lain iaitu di Jalan Chow Kit dengan namanya Plaza GM Kuala Lumpur. Oleh itu, untuk orang Selangor yang ingin memborong tudung, anda boleh datang meninjau ke GM Klang. Pasti anda tertawan melihat pilihan tudung yang ada di sana.

Kenanga Wholesale City

Seterusnya, lubuk borong tudung yang menjadi tumpuan orang ramai adalah di Kenanga Wholesale City atau secara ringkasnya orang memanggil dengan KWC. KWC ini terletak berdekatan dengan pusat membeli belah terkenal iaitu Berjaya Times Square.

Secara amnya, KWC dikenali sebagai ‘syurga’ borong kepada para penjual. Pelbagai barangan di jual disini. Bukan sahaja tudung tetapi baju, telekong, kasut. Tudung juga terdapat dengan pelbagai jenis. Tudung bawal ada, tudung shawl ada, tudung sarung pon ada.

Bermacam-macam jenis tudung ada disini dan pelbagai jenis kain dan material tudung dijual di sini. Tidak hairanlah ianya digelar sebagai ‘syurga borong’ oleh para penjual dan pembeli. Disini juga, anda boleh tawar-menawar jika anda memborong tudung dengan jumlah yang besar.

Cuba anda bayangkan harga sehelai tudung yang bernilai RM 25 boleh jatuh sehingga harga RM 19 apabila anda membeli sebanyak 3 helai. Lihatlah begitu banyak nilai harga yang jatuh di KWC apabila anda pandai tawar-menawar dengan pembeli disana.

Kalau membeli 3 helai tudung pun anda boleh mendapat dengan harga yang murah, cuba anda bayangkan jika anda memborong tudung dalam satu kuantiti yang banyak, sudah tentu harga akan jatuh lebih murah.

Borong secara Direct dari China

Lubuk borong tudung seterusnya adalah dengan borong secara langsung dari negara china. Tetapi ini adalah bagi mereka yang berkemampuan dan mempunyai modal yang besar untuk pergi ke China dan melihat sendiri kilang-kilang tudung yang dijual disana.

Anda juga diberi pilihan untuk memilih sendiri daripada koleksi yang sedia ada ataupun anda berpeluang untuk membuat design anda sendiri. apa yang lebih menguntungkan, harga yang ditawarkan di kilang China adalah jauh lebih murah berbanding dengan kilang tempatan.

Namun begitu, jika anda ingin berjimat, anda disarankan untuk menempah terlebih dahulu tudung tersebut dalam kuantiti yang besar. Hal ini demikian, anggaran modal yang diperlukan adalah sekitar RM4000 untuk anda mendapat pulangan yang lumayan.

Selain itu juga, anda boleh mencari business tour guide untuk anda dapatkan penunjuk dan nasihat seiring membantu anda melakukan urus niaga di sana,. Mereka juga akan membantu anda menguruskan perniagaan dan memberi keterangan kepada anda tentang pemborongan barangan di sana.

Hal ini kerana, mereka pasti akan lebih berpengetahuan untuk berurusan dalam negara China. Selain China, ramai juga pemborong yang memilih untuk memborong jualan mereka di Indonesia iaitu di Bandung juga Vietnam. China, Vietnam dan Bandung adalah tempat terbaik untuk anda yang ingin memborong tudung. Tetapi, pastikan anda berkemampuan nak terbang kesana.

Borong secara Online dari China

Jika anda tidak berkemampuan untuk membeli terus dari China, anda boleh membelinya secara online. Dengan kuasa online shopping pada ketika ini, segalanya adalah dihujung jari. Anda boleh memborong daripada website e-commerce China seperti Taobao, Alibaba dan 1688. Ini juga adalah salah satu lubuk borong tudung yang menjadi tumpuan bagi peniaga online.

Bagi memudahkan pemborong baru, salah satu website iaitu Taobao mempunyai website agen di Malaysia iaitu SGShop. Apa yang menariknya, website ini menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk difahami bagi pemborong dari Malaysia. Namun begitu, secara kebiasaannya, anda juga perlu berurusan dengan pihak penjual dengan melalui aplikasi Wechat bagi urusan tawar menawar dan jika ingin mendapatkan harga yang lebih rendah.

selain itu, Jika anda suka mengambil tahu dengan lebih lanjut, terdapat juga website pemborong tempatan yang membolehkan anda untuk memborong terus daripada kilang. Di Google, anda hanya perlu cari “borong tudung” dan akan keluarlah lubuk borong tudung iaitu website dan facebook page yang menawarkan khidmat borong tudung dengan harga kilang. Mudah bukan?

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung sendiri

Kesimpulan

Berikut telah disenaraikan beberapa tempat yang menjadi tumpuan ramai dalam memborong tudung. Segala alternative telah pun disediakan. Anda hanya perlu menilai harga borongan dan tahu dimanakah tempat terbaik untuk anda memborong tudung yang bertepatan dengan apa yang anda mahukan.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Senangkah menjadi dropshipper? Tak payah modal dan simpan stok. Di dalam artikel ini akan dikongsikan pengalaman menjadi dropship tudung.

Perkongsian ini membincangkan bagaimana seseorang yang ingin menjadi usahawan dapat jual tudung jenama sendiri. Sila baca seterusnya..

Dropshiper tak perlu menyimpan stok, tak perlu berurusan dgn pembekal atau pemborong. Kita akan membincangkan cara jadi dropship tudung..

Secara ringkas, kali ini kita akan menyingkap cabaran-cabaran perniagaan tudung. Inilah yg akan ditempuhi oleh setiap usahawan tudung berjaya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!