Cabaran Perniagaan Tudung

Perniagaan pelbagai jenis fesyen, khususnya fesyen muslimah di kalangan rakyat Malaysia semakin hari semakin berkembang maju. Hal ini demikian kerana, majoritinya penduduk di Malaysia adalah muslim. Oleh itu, pelbagai jenis perniagaan telah berjaya mendapat tempat di hati pembeli muslim antaranya perniagaan baju muslimah seperti baju kurung, songket, jubah, kurti dan sebagainya. Secara ringkas, kali ini kita akan menyingkap cabaran-cabaran perniagaan tudung.

Cabaran Perniagaan Tudung

Namun begitu, bukan sahaja perniagaan pakaian sahaja yang berjaya mendapat tempat di hati para pembeli di Malaysia, bahkan perniagaan tudung juga merupakan antara perniagaan yang semakin hari semakin maju di Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran perniagaan tudung yang di alami oleh para perniaga terutama peniaga-peniaga tudung dalam memajukan perniagaan mereka. Di sini dapat dilihat beberapa cabaran yang di hadapi dalam perniagaan tudung.

Modal

Umum mengetahui bahawa modal merupakan antara cabaran dalam mana-mana perniagaan yang di jalankan. Hal ini tidak terkecuali dalam perniagaan tudung. Untuk memulakan sesuatu perniagaan terutama perniagaan dalam industri fesyen yang menghasilkan penjenamaan sendiri memerlukan modal yang agak besar.

Hal ini demikian, terdapat beberapa kos yang yang diperuntukkan untuk sesebuah perniagaan tudung seperti kos pembelian bahan, produksi, penjenamaan, pemasaran dan tentu sekali kos untuk mewujudkan pusat jualan seperti butik mahupun kedai-kedai biasa yang sudah tentu menelan kos perbelanjaan yang tinggi.

Oleh hal yang demikian, modal merupakan salah satu faktor atau cabaran perniagaan tudung yang dihadapi oleh peniaga tudung.

Rekaan Fesyen

Selain cabaran dari segi modal, cabaran perniagaan tudung yang lain juga adalah cabaran dari segi rekaan fesyen. Hal ini demikian kerana, setiap rekaan yang di keluarkan hampir sama dengan mana-mana syarikat yang mengeluarkan fesyen tudung. Hal ini demikian, secara tidak langsung menyebabkan pembeli lebih memilih dan membeli harga tudung yang lebih murah.

Oleh itu, untuk memastikan syarikat tudung anda berterusan maju, anda harus sentiasa mengeluarkan rekaan baru, unik dan dengan harga yang berpatutan. Namun begitu, untuk mendapat rekaan yang baru dan hebat tidaklah begitu mudah dan sangat sukar dilakukan. Selain itu, banyak risiko mungkin berlaku dalam merekacipta dan menghasilkan koleksi tudung.

Syarikat-syarikat perniagaan tudung juga harus mengikuti trend-trend terkini dan mengambil tahu akan citarasa pembeli-pembeli masa kini sekiranya mereka ingin bertahan lama dalam industri perniagaan tudung.

Namun, apa yang paling penting dalam perniagaan tudung adalah syarikat koleksi tudung harus sentiasa memastikan rekaan fesyen tudung yang dikeluarkan oleh mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri berbanding jenis-jenis rekaan tudung yang terdapat di pasaran. Apabila tudung anda memiliki keunikan dan kualiti yang baik, sudah pasti pelanggan akan membeli koleksi tudung anda.

Peningkatan Kos Produksi

Untuk menghasilkan sesuatu tudung, bahan yang sentiasa digunakan adalah bahan-bahan yang diimport dari negara luar. Hal ini demikian mengakibatkan, nilai mata wang yang rendah, menyebabkan kos penghasilan sesuatu produk semakin tinggi.

Tambahan pula, persaingan sengit, menyebabkan penjual mahupun syarikat tudung, perlu menjual koleksi tudung mereka pada harga premium untuk mengelakkan berlakunya kerugian. Selain kos bahan, kos- kos seperti sewa, pekerja dan kos operasi lain juga menjadi cabaran getir dalam industri perniagaan tudung.

Sebagai contoh, apabila produk atau bahan sudah sedia ada, tetapi berlaku permasalahan pada tukang jahit ataupun sebaliknya di mana tukang jahit sudah sedia menerima tempahan namun terdapat masalah dari segi bahan mahupun material yang di sediakan tidak menepati kualiti yang telah di tetapkan.

Hal ini demikian secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kerugian sekaligus menyukarkan peniaga atau majikan untuk membayar kos pekerja, sewa dan sebagainya. Oleh itu, peningkatan kos produksi sememangnya menjadi salah satu cabaran perniagaan tudung yang ada pada masa kini.

Persaingan

Persaingan dalam industri merupakan salah satu isu yang sering diketengahkan dalam mana-mana industri perniagaan termasuk industri perniagaan tudung. Namun begitu, persaingan juga sangat di perlukan dalam industri perniagaan tudung kerana tiada syarikat mahupun kedai yang mampu menyediakan semua yang diinginkan oleh pelanggan.

Selain itu, persaingan ini juga sering berlaku pada mereka yang baru bermula untuk membuka perniagaan tudung. Hal ini kerana, mereka perlu bersaing dengan jenama-jenama yang sudah terkenal seperti Naelofar Hijab, Durck Scarf dan sebagainya.

Dari sinilah anda perlu bersaing untuk mendapat tempat di hati para pelanggan dengan jenama, kualiti, dan harga tudung yang anda jual. Akan tetapi jika koleksi tudung yang dijual tidak mampu bersaing dengan jenama tudung yang lain, anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang banyak sekaligus syarikat anda boleh gulung tikar.

Oleh itu, sangat sukar bagi setiap syarikat tudung untuk bertahan dalam industri perniagaan tudung ini sekiranya mereka kurang strategi dalam bidang perniagaan tudung.

Pengurusan

Cabaran perniagaan tudung berikutnya adalah dari segi pengurusan. Pengurusan yang di maksudkan bukan sahaja melibatkan pengurusan masa tetapi ianya juga melibatkan pengurusan tenaga. Pengurusan tenaga yang di maksudkan adalah tenaga kerja.

Cabaran dalam menguruskan staf supaya sentiasa bersemangat dalam melakukan pekerjaan dan sayang akan jenama yang dikeluarkan bukanlah perkara yang mudah. Selain itu, majikan juga perlu menanamkan kefahaman dalam diri para pekerja supaya apa jua yang mereka lakukan berlandaskan sifat kekeluargaan dan saling bantu membantu agar sama-sama memainkan peranan untuk terus menaikkan nama jenama perniagaan yang mereka laksanakan ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi pengurusan masa pula, ianya melibatkan bagaimana anda menguruskan masa untuk penyediaan koleksi tudung dan juga masa pengeluaran produk anda untuk dipasarkan. Pengurusan masa juga penting dan perlu dititikberatkan agar pengeluaran produk atau koleksi tudung yang dikeluarkan sentiasa mengikut waktu yang telah di aturkan.

Sekiranya pengurusan masa tidak sistematik, secara tidak langsung ianya boleh mengganggu masa penyediaan dan pengeluaran koleksi tudung yang bakal dikeluarkan seterusnya.

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang di maksudkan adalah perkhidmatan pelanggan. Customer is always right adalah kata-kata yang sering kita dengar di mana sahaja dan apa jua perniagaan yang kita jalankan. Hal ini merupakan salah satu cabaran perniagaan tudung di mana syarikat tudung mahupun peniaga harus mengambil tahu akan cara bagaimana untuk menangani karenah dan permintaan para pelanggan yang kadangkalanya boleh menguji kesabaran.

Oleh itu,syarikat mahupun para peniaga harus menyediakan perkhidmatan pelanggan dengan sebaik mungkin bagi mengurangkan maklum balas yang negatif dari pihak pelanggan terhadap perkhidmatan yang mereka sediakan.

Namun begitu, dari sudut positif, cabaran perkhidmatan pelanggan ini juga mampu membuatkan perniagaan anda meraih pelanggan yang banyak dan sama berulang-ulang kali datang dan membeli produk yang dikeluarkan oleh syarikat anda.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung sendiri

Kesimpulan

Dalam industri fesyen sama ada fesyen pakaian atau tudung sememangnya memiliki cabaran yang tersendiri. Untuk memajukan perniagaan masing-masing bukanlah hal yang mudah, tetapi sekiranya anda tahu akan apa cabaran dan cara penyelesaiannya, segalanya akan menjadi mudah.

Tambahan pula, dalam perniagaan anda, perubahan strategi juga perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan perniagaan tudung anda sentiasa kekal relevan. Oleh itu, bagi yang berminat untuk menceburi dalam industri fesyen terutama perniagaan tudung, anda wajib untuk tahu akan cabaran ini agar anda dapat bersedia menempuh industri perniagaan tudung yang amat menarik ini dengan lebih bersedia.

Setiap cabaran yang datang dalam setiap perniagaan yang anda lakukan, anda harus percaya akan ada jalan penyelesaiannya. Untuk itu, senarai di atas merupakan beberapa cabaran perniagaan tudung yang dapat dikenal pasti dan boleh menjadi persediaan kepada anda dalam menempuh industri fesyen terutama perniagaan tudung.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Senangkah menjadi dropshipper? Tak payah modal dan simpan stok. Di dalam artikel ini akan dikongsikan pengalaman menjadi dropship tudung.

Perkongsian ini membincangkan bagaimana seseorang yang ingin menjadi usahawan dapat jual tudung jenama sendiri. Sila baca seterusnya..

Dropshiper tak perlu menyimpan stok, tak perlu berurusan dgn pembekal atau pemborong. Kita akan membincangkan cara jadi dropship tudung..

Leave a Comment

error: Content is protected !!