Contoh Soft Sell Tudung (Teknik & Contoh Ayat Soft Selling)

Di Malaysia sahaja, telah banyak perniagaan yang diusahakan. Ini menunjukkan bahawa Malaysia semakin hari semakin maju dalam industri perniagaan. Seperti yang dijelaskan, antara perniagaan yang semakin mendapat tempat di dalam pasaran adalah seperti perniagaan makanan, pakaian, tudung, perabot dan sebagainya. Namun begitu, dalam banyak-banyak perniagaan yang diusahakan di Malaysia, perniagaan tudung adalah antara perniagaan yang semakin hari semakin meningkat naik dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli. Berniaga tudung bukan boleh main taram saja, harus kena dengan caranya. Mari kita lihat beberapa contoh soft sell tudung yang berkesan.

Contoh Soft Sell Tudung

Hal ini demikian kerana, orang ramai dapat lihat bahawa wanita Muslimah di Malaysia kini sudah mula perlahan-lahan mengenakan hijab. Ini merupakan salah satu alasan mengapa perniagaan tudung sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Perkara ini juga menyebabkan ramai peniaga berlumba-lumba untuk membuka kedai perniagaan tudung. Namun ada di antara peniaga tudung yang mengambil kesempatan menjual tudung-tudung secara atas talian. Hal ini demikian kerana, bagi mereka, perniagaan atau penjualan tudung secara atas talian lebih mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak untuk membuka kedai.

Malah hanya menjual tudung-tudung tersebut di laman-laman sosial yang ada. Walau bagaimanapun, bagi peniaga yang menjalan perniagaan tudung secara atas talian, mereka harus mengetahui tentang teknik penjualan yang betul agar pembeli tertarik untuk membeli koleksi tudung anda.

Oleh hal yang demikian, di sini kita akan membincangkan tentang contoh soft sell tudung yang boleh dilaksanakan oleh peniaga yang menjalankan perniagaan secara atas talian. Teknik soft sell dan teknik hard sell adalah dua teknik yang boleh digunakan oleh para peniaga dalam mempromosikan perniagaan mereka tidak kira sama ada perniagaan makanan, pakaian, tudung dan sebagainya.

Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjutkan akan teknik-teknik perniagaan yang boleh di gunakan oleh para peniaga terutama peniaga yang menjalankan perniagaan secara atas talian, di sini akan di jelaskan apakah itu soft sell dan apakah itu hard sell dalam perniagaan.

Soft sell bermaksud membina kepercayaan dan kredibiliti pelanggan atau pembeli terlebih dahulu dengan berkongsikan informasi atau maklumat kepada mereka. Manakala hard sell pula bermaksud menjual atau mempromosikan produk yang di jual secara langsung kepada pembeli. Oleh itu, daripada maksud yang dijelaskan, dapat dilihat bahawa bagi peniaga yang menjalankan perniagaan secara atas talian sangat sesuai untuk menggunakan teknik soft sell kepada pelanggan atau pembeli.

Jika dilihat dengan lebih terperinci, soft sell merupakan teknik yang sangat berkait rapat dengan penjenamaan diri seseorang. Ini bermaksud, penjenamaan diri anda di media-media sosial dapat mengembangkan serta mengukuhkan lagi perniagaan anda. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila lebih ramai orang yang mengenali anda lebih mudah untuk anda menarik lebih banyak pelanggan atau pembeli.

Bukan itu sahaja, soft sell juga di yakini lebih berkesan atau efektif berbanding hard sell. Hal ini demikian kerana, soft self ini seolah-olah kita tidak menunjukkan yang kita berniaga atau mempromosi perniagaan tudung kita secara langsung. Ianya juga tidak melibatkan apa-apa tekanan kepada pelanggan sebaliknya ianya menarik minat pelanggan secara pasif. Oleh itu, terdapat beberapa contoh soft sell tudung yang boleh dilakukan.

Berkongsi Kemudian Menjual

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanyakan apa itu berkongsi kemudian menjual dalam teknik soft sell. Berkongsi kemudian menjual adalah salah satu cara di mana peniaga akan berkomunikasi atau berinteraksi dengan anda secara atas talian.

Sebagai contoh sekiranya anda menjual produk kecantikan, sudah pasti akan ada pelanggan yang akan memberi komen kepada postingan produk anda dan ketika itu peniaga dan pembeli akan becerita dan berkongsi antara satu sama lain dan ketika itulah sistem jual beli berlaku.

Hal ini sama juga dengan penjualan tudung di mana pembeli akan bertanya dan berkongsi kepada peniaga tentang jenis-jenis tudung atau ciri-ciri tudung yang menjadi pilihannya dan dari situ, peniaga akan mempamerkan gambar jenis tudung yang sesuai serta mengikut cita rasa pembeli.

Namun begitu pasti ada yang ingin tahu bagaimana cara untuk memastikan postingan yang dibuat tidak menampakkan seolah-olah kita memaksa pembeli adalah dengan menulis iklan di aplikasi media sosial seperti memberi tip tudung yang baik, jenis tudung yang menarik, jenis-jenis fabrik yang berkualiti dan sebagainya. Dengan cara seperti ini, diibaratkan seperti peniaga berkongsikan tentang jenis kain atau fabrik tudung yang baik kepada pembeli tanpa menampakkan seolah-olah peniaga sedang menjual koleksi tudung mereka.

Oleh hal yang demikian, melalui postingan sebegitu pelanggan akan mula tertarik dan akan bertanya kepada peniaga tentang kelebihan-kelebihan tudung yang di jual oleh peniaga. Ini merupakan salah satu contoh soft sell tudung yang perlu diketahui oleh peniaga-peniaga tudung yang menjual tudung secara atas talian.

Media Sosial

Contoh soft sell tudung yang berikutnya adalah media sosial. Antara media sosial yang di gunakan untuk soft sell adalah seperti Instagram, telegram dan facebook. Namun begitu antara kesemua media sosial yang dinyatakan, kebanyakkan daripada peniaga menggunakan facebook sebagai media untuk membuat soft sell.

Bagi mereka yang baru mula menceburi bidang perniagaan tudung secara atas talian dan juga baru mempelajari tentang teknik soft sell pasti ingin mengetahui bagaimana caranya menggunakan facebook untuk mempromosi produk tudung kita tanpa memperlihatkan seperti kita mempromosikan kepada pelanggan secara langsung.

Jika anda ingin tahu caranya, yang pertama pastikan anda menulis tajuk yang berkaitan dengan tudung yang anda ingin promosi sebagai contoh lima pilihan corak yang menjadi pilihan pembeli. Kemudian langkah berikutnya anda hanya perlu membuat pengenalan cerita seperti memberi salam atau mengucapkan ‘hai’ kepada kenalan anda di laman facebook.

Setelah itu, anda harus memulakan penceritaan seperti menyenaraikan lima corak tudung yang menjadi pilihan pembeli kemudian ceritakan serba sedikit tentang corak-corak yang dipilih dan kenapa corak tersebut menjadi pilihan. Setelah selesai semua langkah tersebut, langkah terakhir adalah call to action atau lebih mudahnya adalah mengajak pembeli untuk membeli koleksi tudung yang dijual sebagai contoh ‘beli sekarang’ atau ‘jika berminat’ dan sebagainya.

Ianya merupakan kalimat terakhir sebelum anda meletakkan link website anda. Pada akhir kata-kata tersebut, anda perlu meletakkan link website atau nombor telefon sebagai langkah untuk memudahkan pembeli membeli koleksi tudung yang di jual. Oleh hal yang demikian, ini merupakan antara contoh soft sell tudung yang boleh di lakukan oleh para peniaga.

Contoh ayat soft sell tudung

Ini salah satu contoh ayat soft sell tudung terbaik untuk menjual tudung. Dalam contoh ni, kita nak jual tudung sarung. Jom, perhatikan:

Saya suka sangat la Tudung Sarung Laila ni dah jadi tudung penyelamat pulak bila nak cepat!

Hehee.. ada yang kata sampai jadi tudung penyelamat pula, tergelak sis baca komen pembeli setia ‘Tudung Sarung Laila’ ni !!

Tudung ni perlu ada sekurang-kurangnya sehelai buat seorang perempuan tau, kadang-kadang orang datang rumah ketuk pintu tak risau dah, sis gantung siap-siap kat belakang pintu Tudung Sarung Laila !!

Hujung minggu pun sis sarung je kalau nak pergi jogging kat tasik depan tu 🏃🏻‍♀️

Walaupun harga murah tetap ada label besi gituu 💕

Nota:

  1. Jangan lupa tukar jenama ‘Tudung Sarung Laila’ tu dengan brand tudung anda sendiri ya.
  2. Masukkan harga, material, size dan cara nak beli dengan anda. Suruh whatsapp ke, pegi blog ke atau PM tepi ke.
  3. Kalau ada alamat kedai pun boleh masukkan sekali.
  4. Paling penting, gambar. Jangan lupa masukkan gambar tudung yang dah diedit cantik-cantik.

Satu lagi contoh ayat soft selling tudung. Ini contoh ayat soft selling tudung labuh.

Baca di bawah:

SUSAH NAK CARI TUDUNG LABUH YANG PATUH SYARIAH DENGAN CORAK TERKINI DAN NAMPAK COMEL JER BILA DIPAKAI???

Nahhhh.. Ni dia akak bawakan INSTANT BAWAL LAILA dengan labuh bidang 55 inci yang sangat anggun meruntun kalbu. Bak bidadari turun dari syurgawi. Gituww..

Akak nak bagi HARGA KOMBO JIMAT dan FREE POSTAGE..

Siapa CEPAT, dia DAPAT!!!

Nota:

  1. Jangan lupa tukar jenama ‘INSTANT BAWAL LAILA’ tu dengan brand labuh tudung anda sendiri ya.
  2. Masukkan harga, material, size dan cara nak beli dengan anda. Suruh whatsapp ke, pegi blog ke atau PM tepi ke.
  3. Kalau ada alamat kedai pun boleh masukkan sekali.
  4. Paling penting, gambar. Jangan lupa masukkan gambar tudung yang dah diedit dengan cantik dan kemas.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung sendiri

Kesimpulan

Teknik soft sell mahupun teknik hard sell, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri dalam mengajak atau menarik minat pembeli untuk membeli produk yang di keluarkan oleh peniaga. Namun begitu, bagi mereka yang menyukai atau gemar melakukan perniagaan atas talian, bolehlah menggunakan teknik soft sell ini kerana ianya sangat membantu anda dalam menarik minat pelanggan untuk membeli koleksi-koleksi jualan tudung anda.

Seperti yang dinyatakan di atas, teknik soft sell ini juga sangat efektif dan mampu meningkatkan hasil jualan anda. Oleh itu, diharapkan beberapa teknik soft sell dan contoh ayat soft selling yang diberikan di atas dapat membantu peniaga-peniaga baru yang berniat ingin menceburi bidang perniagaan.

Hal ini demikian kerana, teknik soft sell tersebut bukan hanya boleh digunakan untuk mereka yang ingin menjalankan perniagaan tudung tetapi boleh juga membantu mereka-mereka yang ingin menjalankan perniagaan selain tudung seperti pakaian, makanan, minuman, produk kecantikan dan sebagainya. Ini kerana teknik soft sell ini tidak terhad kepada mana-mana perniagaan.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Senangkah menjadi dropshipper? Tak payah modal dan simpan stok. Di dalam artikel ini akan dikongsikan pengalaman menjadi dropship tudung.

Perkongsian ini membincangkan bagaimana seseorang yang ingin menjadi usahawan dapat jual tudung jenama sendiri. Sila baca seterusnya..

Dropshiper tak perlu menyimpan stok, tak perlu berurusan dgn pembekal atau pemborong. Kita akan membincangkan cara jadi dropship tudung..

Secara ringkas, kali ini kita akan menyingkap cabaran-cabaran perniagaan tudung. Inilah yg akan ditempuhi oleh setiap usahawan tudung berjaya..

Dimanakah lubuk borong tudung yang menjadi sasaran peniaga dan usahawan membeli tudung mereka? Mari kita selidiki rahsia usahawan tudung ini..

Kreativiti yang luar biasa daripada beberapa jenama tudung tempatan menjadikan produk tudung yang laris dan popular bak pisang goreng panas..

Leave a Comment

error: Content is protected !!