Cara Buat Tudung Jenama Sendiri

Seperti yang kita ketahui, tudung adalah sejenis produk evergreen iaitu produk yang tetap mendapat permintaan ramai tidak kira zaman. Adalah menjadi peluang yang cerah bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan tudung sendiri. Usahawan wanita pada masa kini, lebih tertumpu kepada bisnes menjual tudung. Ada yang menjadi dropship tudung orang lain dan ada yang menjual tudung di bawah jenama sendiri. Untuk menjual tudung jenama sendiri, peniaga haruslah tahu cara buat tudung jenama sendiri.

Cara buat tudung jenama sendiri

Jika dilihat bukan sahaja orang biasa yang berjinak-jinak dalam perniagaan menjual tudung malah perniagaan tudung ini juga diceburi oleh mereka-mereka yang bergelar selebriti dan artis seperti Neelofa, Fazura, Mawar Fareeda dan ramai lagi. Tidak dinafikan, diluar sana masih ramai mereka yang mahu berniaga tudung tetapi tidak tahu caranya?

Ada ramai mereka yang mendapat hidayah untuk menutup aurat apabila melihat pelbagai jenis tudung yang dipasarkan di pasaran ketika ini. Ramai juga mereka yang teringin untuk mempelajari cara buat tudung sendiri dan mengeluarkan tudung jenama sendiri.

Ramai sanagt rakyat Malaysia yang bercita-cita sedemikian. Namun begitu, ada yang kecundang ditengah jalan, mula-mula sahaja minat, lepas itu dah tak minat, malas, leceh tak ada orang beli dan macam-macam lagi alas an yang boleh didengari oleh mereka yang ingin berniaga tudung tetapi tidak tahu saluran yang betul. Di dalam artikel ini akan dibincangkan mengenai cara buat tudung jenama sendiri dan boleh dirujuk oleh mereka-mereka yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan tudung.

Belajar Menjahit Tudung

Antara cara buat tudung jenama sendiri yang pertama ialah dengan belajar menjahit tudung. Memanglah tidak semua orang tahu asas menjahit pada mulanya, tetapi bagi sesetengah peniaga, jika mereka mempunyai kemahiran dalam menjahit dengan menjahit tudung, ia adalah satu kelebihan dalam membuat tudung jenama sendiri.

Hal ini kerana, dengan menjahit tudung, anda sudah tahu jenis material kain yang ingin dipakai, jenis perhiasan atau manik yang ingin anda letakkan pada tudung dan lain-lain. Oleh itu, ianya lebih mudah kepada mereka yang sudah tahu asas menjahit tudung itu sendiri.

kebanyakan mereka yang mahir menjahit sudah tentu mempunyai mesin jahit sendiri di rumah. Hal ini akan lebih memudahkan mereka kerana mempunyai peralatan yang lengkap untuk menjahit tudung. Pada mereka yang tidak tahu menjahit, jangan berkecil hati, mereka boleh mengupah mana-mana tukang jahit yang dikenali untuk menjahit tudung kepada anda.

Apa yang menjadi perbezaannya adalah, anda perlu membayar upah kepada tukang jahit tersebut. namun begitu, tidak salah kepada mereka yang ingin belajar menjahit. Tidak lambat untuk kita mempelajari sesuatu. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Beli Tudung Secara Borong

Selepas itu, ada cara lain lagi untuk buat tudung sendiri iaitu dengan beli tudung secara borong. Hal ini, para peniaga perlu tahu dimanakah tempat yang sesuai untuk mereka beli tudung secara pukal. Terdapat banyak lubuk tudung yang boleh dibeli secara tudung dan akan dikongsikan pada artikel akan datang.

Selain itu, para peniaga juga harus tahu menilai pemborong, pemborong mana yang mengeluarkan tudung-tudung yang berkualiti tinggi, tudung-tudung yang Nampak berjenama, setiap peniaga harus tahu semua itu. Selain itu, peniaga harus mempunyai anggaran harga untuk mereka membeli tudung-tudung borong tersebut.

Memanglah tidak dinafikan, perniagaan tudung boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Tetapi, bagi mereka yang ingin memborong tudung, mereka harus menyediakan wang sekurang-kurangnya RM300.

Memulakan Perniagaan Tudung secara Online

Perniagaan tudung boleh dilakukan di rumah. Ianya amat mudah kepada suri-suri rumah yang ingin menjana pendapatan lebih juga bagi mereka yang masih belum mendapat kerja, mereka boleh mencuba memulakan perniagaan tudung secara online terlebih dahulu. Segalanya di hujung jari, jika tiada modal berniaga tudung anda boleh menyertai group-group tudung dengan menjadi dropship dan sebagainya.

Disini, anda akan belajar mempromosi tudung, cara marketing tudung, ayat-ayat yang boleh digunakan dan sebagainya. Bagi mereka yang sudah mempunyai tudung untuk dijual, anda boleh mempromosikan tudung-tudung berikut di aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram.

Ianya lebih mudah lagi apabila aplikasi-aplikasi tersebut mempunyai medium yang khusus untuk mereka yang ingin berniaga seperti whatsapp Business, Facebook Business. Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi perniagaan seperti shopee atau lazada untuk menjual tudung anda.

Hal ini kerana, pada masa sekarang, pelanggan lebih suka membuat pembelian secara online. Oleh itu bagi mereka yang inginkan cara buat tudung jenama sendiri, adalah disarankan untuk anda memulakan perniagaan secara online secara kecil-kecilan terlebih dahulu hal ini kerana sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Masuk kelas berniaga tudung

Selain daripada itu, bagi mereka yang inginkan cara buat tudung jenama sendiri, anda perlu tahu asas dalam berbisnes, apa jua produk sekalipun. Oleh itu, adalah amat penting bagi anda untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai bisnes dahulu. Di masa kini, terdapat banyak kelas-kelas bimbingan atau seminar bersama penceramah-penceramah hebat yang akan memberi anda cara dan pengetahuan dalam memulakan perniagaan.

Mereka juga akan memberi penunjuk jalan dan bebisnes, segala cabaran yang perlu dihadapi dan sebagainya. Tidak dinafikan, ada kelas yang berbayar dan ada yang percuma. Kebiasaannya, bagi mereka yang sudah menyertai sebagai dropship, agent kepada sesebuah jenama tudung itu, founder atau pihak atasan akan menyediakan kelas secara percuma dan boleh disertai oleh mereka-mereka yang berdaftar dibawahnya.

Selalunya kelas akan dilakukan di aplikasi ZOOM, Google Meet dan sebagainya. Ikut keselesaan mereka sendiri. Di dalam kelas ini akan diberikan bimbingan kepada anda tentang cara buat tudung jenama sendiri, cara memulakan perniagaan, cabaran yang akan dihadapi, cara Tarik perhatian pelanggan dan sebagainya.

Oleh itu, jika diberikan kesempatan, apakata anda menyertai kelas-kelas bisnes ini. ianya banyak faedah yang boleh didapati selain daripada ilmu pengetahuan yang mencurah-curah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, cara buat tudung jenama sendiri bukanlah mudah. Tidak dinafikan, bila kita melihat usahawan lain yang berjaya, kita hanya mengagumi kejayaan mereka. Tetapi pernahkah anda Nampak apa yang mereka lalui selama mereka mendaki untuk berjaya?

Kuncinya adalah usaha dan sikap tidak putus asa. Segala apa yang dilakukan , kita harus sabar dan percaya kepada diri sendiri. Bukan senang ingin maju kehadapan. Tetapi dengan usaha keras dan semangat yang jitu. Tiada apapun yang mustahil.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Jenama Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung jenama sendiri

Kesimpulan

Kesimpulannya, setidaknya dengan adanya formula PAS ini, ia dapat meningkatkan hasil jualan tudung para peniaga. Namun begitu, usaha yang keras dan semangat tidak berputus asa itulah yang penting dan dapat memajukan perniagaan anda sekaligus mencapai apa yang kita ingini.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!