Menjadi Dropship Yang Berjaya Untuk Tudung

Di dalam artikel ini akan dikongsikan tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung. Sebelum itu, akan dijelaskan terlebih dahulu berkenaan apa itu dropship? Secara mudah untuk difahami dropship ini adalah satu konsep perniagaan yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan perniagaan internet atau bisnes online kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok.

Menjadi Dropship Yang Berjaya Untuk Tudung

Percumakah untuk mendaftar sebagai dropship? Ianya terpulang juga kepada pembekal itu sendiri. Sesetengah ada yang diberikan secara percuma dan ada juga yang kena bayar. Bagi yang dikenakan bayaran itu, pastikan mereka yang menyertai dropship tersebut serius untuk berniaga. Hal ini kerana, jika anda mendapat lebih ramai customer. Duit keuntungan yang didapati itu boleh cover balik yuran pendaftaran pada mula-mula menjadi dropship.

Jadi bagaimanakah saluran untuk menjadi dropship ini? Ianya terpulang juga kepada seseorang itu, sesetengah orang mereka menghantar personal message kepada pembekal-pembekal utama di laman sesawang, Facebook atau Instagram. Ada juga sesetengah mereka yang menyertai kumpulan perniagaan di facebook dan menerusi ini, mereka dapat terlibat dengan dropship.

Oleh itu, seronok dan berbaloi atau tidak menjadi dropship ini? Di sini saya akan bincangkan mengenai beberapa tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung dari segi kelebihan dan kekurangannya.

Apa yang istimewanya menjadi dropship tudung ialah,:

Tak Payah Pegang Stok

Salah satu kelebihan dan keistimewaan menjadi dropship adalah tak perlu pegang stok. Hal ini bukan sahaja pada dropship tudung. Malah, semua jenis dropship produk lain juga. Sebab itulah, dropship ini adalah sasaran kepada suri rumah, pelajar, orang bekerja yang ingin menjana pendapatan lebih kerana mereka tidak perlu pegang stok dan fikirkan tentang stok yang memenuhi ruang rumah mereka.

Ini adalah salah satu tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung. Kita hanya perlu mempromosikan dan mengiklankan produk kita di media sosial sahaja. Segala gambar atau ayat-ayat telah pun diberikan daripada pembekal utama.

Dapat Harga Dropship untuk Beli Produk

Ini juga merupakan salah satu tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung dan kelebihan kepada para-para dropshiper iaitu mereka akan mendapat harga dropship jika ingin membeli produk. Contohnya ialah, selain daripada para dropship mempromosikan dan mengiklankan produk kepada orang lain, mereka perlu menjual dengan harga asal.

Namun begitu, jika mereka teringin membeli produk itu dengan untuk diri mereka sendiri, mereka sebagai dropship akan mendapat harga dropship. Sudah tentulah harganya dengan harga asal tidak begitu jauh bezanya. Tetapi, mereka tetap akan mendapat harga dropship dan harga yang kurang daripada harga harga asal.

Misalnya, jika harga tudung itu adalah RM40 mereka mungkin akan mendapat harga tudung itu RM 35. Hanya dropship sahaja yang dapat menikmati harga tersebut.

Tidak Perlu Buat Pembungkusan Barang

Selain itu, tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung yang lain juga adalah anda tidak perlu susah-susah membuat pembungkusan kepada pembeli. Ini adalah satu keistimewaan kepada dropshiper kerana hal-hal pembungkusan barang adalah dilakukan oleh pihak HQ. Ianya akan menjimatkan kos dan masa dropshiper.

Kita tidak perlu susah-susah untuk membalut dan membungkus produk. Terutama bagi produk tudung, kita perlu membeli kotak untuk menghias dan segalanya, ia adalah menggunakan kos. Oleh itu, pihak dropship tidak perlu bersusah payah membeli kotak dan menghias bagai. Segalanya akan diuruskan oleh pihak HQ.

Tugas dropship hanyalah berurusan dengan customer dan menyenaraikan maklumat mengenai customer sebelum menghantarnya kepada orang atasan.

Tidak Perlu keluar buat Pengeposan Barang

Seterusnya, ini juga salah satu kelebihan dalam menjadi dropship berdasarkan tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung kali ini iaitu kita tidak perlu bersusah payah keluar dan mengepos barang. Ianya menjadi leceh bagi dropship yang rumahnya jauh dari pusat pengeposan barang.

Oleh itu, ini adalah salah satu keistimewaan yang dimiliki jika seseorang itu ingin menjadi dropship. Sudah tentulah, kita perlu mengambil butiran pelanggan yang diperlukan pihak HQ seperti mengenai nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

Namun begitu, ianya adalah tugas HQ untuk berurusan dengan pejabat pos dan menguruskan pengeposan barang. Namun begitu, sudah tentulah para pelanggan akan meminta kepada kita tracking number yang diperlukan. Kita hanya perlu bertanya kepada pihak HQ untuk mendapatkan tracking number seterusnya beri kepada pelanggan kita.

Sekaligus cara ini menjimatkan masa dan kos minyak yang digunakan kenderaan untuk pergi ke pejabat pos.

Di atas telah saya kongsikan beberapa tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung yang mana terdapat keistimewaannya tersendiri.

Oleh itu, saya akan berkongsikan tips menjadi dropship yang berjaya untuk tudung dari segi kelemahannya pula.

Bersaing dengan Peniaga Lain dari segi Harga

Salah satu cara untuk menjadi dropship yang bagus adalah kita perlu pandai mempromosikan produk kita iaitu tudung yang ingin dijual. Kita juga harus pandai mengambil hati pelanggan supaya mereka membeli tudung kita.

Akan tetapi, kita juga tidak akan terlepas dari segi persaingan dengan peniaga lain. Terutamanya dari segi harga, boleh jadi peniaga atau dropship lain menawarkan harga yang jauh lebih rendah daripada tudung yang dijual oleh kita. Hal ini yang membuatkan pelanggan kurang mahu membeli produk yang kita tawarkan.

Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui golongan sasaran kita, jika kita menjadi dropship yang menjual tudung dengan harga 20 hingga 30 ringgit. Golongan sasaran kita mungkin para pelajar, remaja-remaja seperti kawan-kawan kita.

Manakala, jika kita menyertai dropship tudung yang menawarkan harga sehingga 80 ringgit, mungkin golongan sasaran kita adalah orang-orang yang sudah berkerjaya dan bergaji tinggi. Ianya terletak juga dengan siapa kita meniaga dan menjualnya.

Masalah dengan Customer

Seterusnya juga, para peniaga sudah sedia maklum dengan istilah ‘customer always right’. Oleh itu, para dropshiper juga perlu cakna dalam hal ini. Melayan kerenah customer memang memenatkan.

Hal ini kerana, tugas dropship adalah melayan pelanggan. Dropship lah yang akan memujuk pelanggan untuk membeli barang, menerangkan tentang stok yang ada, menerangkan tentang kriteria produk, tentang harga produk dan sebagainya.

Jadi, tidak hairanlah bagi seseorang dropship itu yang terpaksa melayan kerenah pelanggan yang bermacam-macam. Contohnya, disuruh mengurangkan harga, bertanya bilakah barang akan sampai, feedback pelanggan, segalanya perlu dihadapi oleh dropship.

Padahal dropship tahu tugasnya hanya perlu berurusan dengan customer setakat itu sahaja. Segala urusan pengeposan dan pembungkusan bukan terletak dibawah dropship.

Komisyen yang sedikit

Ini juga menjadi salah satu lagi lagi penyebab mengapa orang yang mula-mula berminat menjadi dropship, lama kelamaan sudah tidak aktif. Hal ini kerana, komisyen yang ditawarkan adalah sedikit.

Sememangnya kita tahu, jika kita dapat mencari pelanggan dalam jumlah-jumlah tertentu, komisyen kita akan bertambah. Bagaimana? Tidak dinafikan bukan senang mahu mencari pelanggan. Bukan senang untuk mempengaruhi pelanggan supaya membeli produk kita.

Sudahlah perlu melayan kerenah pelanggan yang bermacam-macam lagi, menghadapi persaingan dengan produk tudung yang lain lagi, jadi perkara ini tidak berbaloi untuk dibandingkan dengan harga komisyen yang sedikit.

Namun begitu, masih ramai orang-orang di luar sana yang masih meneruskan perniagaan dropship. Ada ramai usahawan yang bermula berniaga sebagai dropship terlebih dahulu dan akhirnya dapat menjadi founder. Hal ini tidaklah dinafikan, ianya hanya memerlukan semangat dan usaha keras.

Pada Akhirnya..

Seperti yang dikatakan, usaha yang berterusan dan tidak berputus asa merupakan ciri-ciri seorang usahawan yang harus kita ambil sebagai pengajaran. Oleh itu, jika kita inginkan kejayaan, bersabarlah dan mendakilah dengan perlahan-lahan kerana, rezeki itu tetap akan ada bagi mereka yang tidak berputus asa.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung sendiri

Kesimpulan

Kesimpulannya, setidaknya dengan adanya formula PAS ini, ia dapat meningkatkan hasil jualan tudung para peniaga. Namun begitu, usaha yang keras dan semangat tidak berputus asa itulah yang penting dan dapat memajukan perniagaan anda sekaligus mencapai apa yang kita ingini.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Leave a Comment

error: Content is protected !!