Tudung Jenama Sendiri? Ini Cara Menjualnya!

Masa sekarang, baik rakyat biasa, selebriti atau orang terkenal sudah mula menjalankan perniagaan dan menjadi usahawan. Produk yang menjadi sasaran mereka sudah semestilah perniagaan tudung. Hal ini kerana tudung adalah senang untuk dijual dan produk evergreen ini tidak lapuk dek zaman. Ramai mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan perniagaan tudung tetapi tidak tahu cara yang betul menjual tudung dan saluran yang mereka perlu ikuti. Anda ada tudung jenama sendiri? Ini cara menjualnya!

Jual Tudung Jenama Sendiri

Sentiasa ada permintaan

Model bisnes ini sentiasa ada permintaan dari pelanggan dan jika seseorang usahawan itu berjaya dalam perniagaan ini, bisnes mereka akan lebih dikenali dan meningkat naik dengan pantas. Oleh itu, tidak dapat dinafikan, ramai golongan muda, wanita-wanita yang menjadi suri rumah, malah mereka yang sudah bekerja sekalipun ada yang cuba menceburi di dalam perniagaan menjual tudung ini.

Sudah tentulah, mereka perlu bermula daripada bawah. Tetapi, bagaimana mahu bermula daripada bawah itu? Apa para usahawan yang ingin jual tudung jenama sendiri ini perlu lakukan untuk memperkenalkan tudung mereka di mata pelanggan? Persoalannya akan terjawab melalui artikel ini.

Cari Guru atau Mentor

Untuk jual tudung jenama sendiri, kita harus ada ilmu pengetahuan terutama mengenai bisnes. Oleh itu, kita perlu merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman daripada kita. Sudah semestinya orang yang berpengalaman itu akan menjadi orang yang perlu kita rujuk dan dijadikan contoh.

Telah banyak seminar-seminar atau perbincangan mengenai bisnes yang ada masa kini. Kita hanya perlu menyumbang sedikit wang dan menyertai seminar-seminar tersebut. Hal ini kerana, melalui seminar itu, kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja melalui seminar, kita juga boleh membeli buku-buku yang mengajar kita tentang perniagaan.

Banyak membaca, banyaklah yang perlu kita terokai. Selain itu juga, terdapat ramai sifu atau mentor yang boleh kita jadikan rujukan pada masa sekarang. Contohnya ialah, Najib Assadok atau Dr Azizan Osman. Mereka-mereka ini adalah orany yang arif berkaitan perniagaan.

Anda boleh merujuk laman youtube mereka untuk mendengar ceramah dari mereka jika anda tidak mahu melabur duit untuk memasuki seminar mereka. Mereka adalah guru atau mentor yang boleh dijadikan contoh kepada usahawan muda yang ingin jual tudung jenama sendiri.

Daftar Jenama

Selain itu, jika seseorang usahawan itu ingin membangunkan tudung jenamanya sendiri. anda perlu mengikuti saluran yang betul contohnya dengan mendaftar jenama tersebut di dalam laman web perniagaan. Jika tidak anda boleh dikenakan saman kerana menjual sesuka hati. Ataupun ada orang lain yang tidak bertanggung jawab akan mencuri jenama anda.

Terdapat laman web seperti MyIpo yang boleh anda daftarkan jenama anda sendiri. Dengan lesen dan sijil daripada SSM anda juga boleh mengelakkan jenama anda ditiru atau dicuri. Hal ini kerana, sebelum mengadakan jenama sendiri. Anda perlu mencipta logo, label dan jika ianya tidak berdaftar, segala logo yang telah anda hasilkan berisiko untuk dicuri oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Kena ada Laptop atau Telefon Pintar

Memanglah perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya perkara ini adalah penting bagi usahawan yang ingin jual tudung jenama sendiri. Ini disebabkan oleh zaman sekarang adalah zaman teknologi yang mengambil alih, oleh itu segala urusan perniagaan dan pembelian adalah dihujung jari.

Usahawan-usahawan masa kini membangunkan produk jenama mereka sendiri segalanya melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok. Disitulah tempat mereka memarketingkan dan mempromosikan tudung mereka. Hal ini kerana, tempat ini adalah tempat dimana manusia suka berkumpul. Telefon pintar ada dimana-mana. Peniaga menghabiskan masa membelek telefon pintar dan membuka laman media sosial dan disitulah terdapatnya peluang para peniaga untuk mempromosikan produk mereka.

Laman jualan seperti Shopee, Lazada juga semakin diminati oleh pelanggan. Banyak jualan tudung yang dijual menerusi laman seperti itu. ianya memudahkan para pembeli juga peniaga. Oleh itulah sebabnya kenapa peniaga perlukan telefon pintar dan komputer riba untuk menyemak tentang order yang masuk, membalas pesanan pelanggan dan banyak lagi perkara perniagaan yang boleh dilakukan menerusi medium seperti ini.

Kena ada Masa

Masa juga adalah sangat penting. Kita tidak mahu masa kita terbazir dengan perkara berfaedah. Apa pendapat kalian jika masa kita luangkan memberi pulangan duit kepada kalian? Untuk berniaga, kita perlu korbankan masa.

Sebab itulah, kebanyakan mereka yang ingin jual tudung jenama sendiri ini kebanyakan mereka adalah dari golongan suri rumah, tidak bekerja dan mempunyai banyak masa untuk melayan pelanggan di media sosial dan laman perniagaan. Mereka menghabiskan masa mereka dihadapan telefon pintar dan komputeri riba sahaja.

Bagi mereka yang berniaga tudung secara langsung pula, masa yang digunakan adalah dengan membuka kedai. Pergi ke gerai menjual tudung dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa, berniaga akan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lihatlah usahawan-usahawan yang berjaya diluar sana, mereka bermula dengan niaga secara kecil-kecilan. Banyak yang mereka telah korbankan termasuklah masa.

Tidak dinafikan mereka yang berniaga memang sibuk. Tapi janganlah kita mengabaikan sekeliling kita contohnya keluarga kita, anak-anak dan diri kita sendiri. Para usahawan yang berjaya haruslah pandai membahagi masanya.

Ianya susah pada mulanya dan apabila kita berjaya mengecapi apa yang kita mahukan, sudah tentulah orang-orang sekeliling kita akan berasa bangga dengan kita dan apa yang kita korbankan selama ini ternyata berbaloi.

Kena ada Sokongan dan Team

Untuk membangunkan tudung jenama sendiri kita perlukan sokongan. Sokongan daripada orang-orang yang suka lihat kita berniaga. Mereka akan menyokong kita tidak kira apapun dalam menjual tudung jenama sendiri. tidak kiralah orang itu kawan-kawan kita, ahli keluarga atau saudara- mara.

Pada mulanya, semasa kita berniaga secara kecil-kecilan, mereka lah yang kana menjadi pendorong dan peniup semangat buat kita. apakah cara mereka dalam menyokong kita? Contohnya adalah dengan membeli barangan jualan kita iaitu tudung yang kita jual.

Bukan itu sahaja, mereka juga membantu kita secara tidak langsung mempromosikan tudung jualan kita di media sosial atau kenalan-kenalan mereka yang lain. Inilah yang dinamakan mereka menyokong kita menjalankan perniagaan. Malah, apabila perniagaan kita semakin berjaya, kita akan membina team kita sendiri.

Dari segi dropship, agent, stokis yang akan menolong kita sekaligus mendapat wang komisyen dari kita. hal ini dapat memajukan lagi perniagaan kita dan membuatkan produk jenama sendiri anda meningkat naik di negara kita.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung jenama Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung jenama sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung jenama sendiri

Kesimpulan

Untuk bergelar seorang usahawan yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk menjual tudung jenama sendiri kita perlu mengayuh dari bawah, mengorbankan masa, harta dan tenaga. Kita juga perlukan ilmu pengetahuan agar bisnes kita dapar diuruskan dengan baik.

Selain itu, sokongan dari orang tersayang dan team juga dapat membantu kita meningkat hasil jualan kita. senang cerita, segalanya bermula dari usahawan. Jika kita mahu, kita perlu berusaha. Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Jika kita berusaha, pasti akan berjaya. Dengan doa yang tidak putus-putus dan semangat yang tinggi kita akan dapat mengecapi setiap impian kita suatu hari nanti.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Senangkah menjadi dropshipper? Tak payah modal dan simpan stok. Di dalam artikel ini akan dikongsikan pengalaman menjadi dropship tudung.

Leave a Comment

error: Content is protected !!