Cara Jadi Dropship Tudung

Pada masa kini, jika anda mahukan pendapatan lebih, ramai daripada mereka yang suka menyertai dan menjadi dropship. Apakah itu dropship? Dropship adalah sebuah kaedah perniagaan yang sangat mudah. Di mana para dropshiper tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu berurusan dengan pembekal atau pemborong. Kali ini kita akan membincangkan cara jadi dropship tudung.

Cara Jadi Dropship Tudung

Malah, para dropship boleh terus menjual tudung secara online terus kepada pelanggan. Selain itu juga, dropship tidak terlibat di dalam proses pengeposan dan penghantaran barang kepada pelanggan akan dilakukan oleh HQ atau pembekal utama. Secara amnya, dropship hanya perlu melakukan pemasaran sahaja dan mendapat komisyen jika mereka mempunyai pelanggan yang berminat untuk membeli dengan mereka.

Di sini akan dibincangkan secara ringkas bagaimana proses sistem dropship tudung. Bagaimana cara ingin jadi dropship tudung? Pertamanya, anda perlu memilih bisnes tudung apakah yang ingin dijalankan memandangkan sekarang terdapat pelbagai jenis jenama tudung yang dipasarkan di pasaran.

Keduanya, kenal pasti cara proses sistem dropship tersebut dilakukan, hal ini bermaksud, jumlah komisen yang bakal anda peroleh dan cara anda mulakannya. Selain itu, fahami produk tudung tersebut terlebih dahulu supaya menjadi lebih mudah kepada anda tentang produk tudung itu seperti jenis tudung, saiz, material, kelebihan, keunikan dan harga tudung tersebut.

Seterusnya, lakukan pemasaran bagi bisnes tudung yang anda pilih itu. Pasarkannya secara online di laman sosial anda. Seterusnya lagi, jika ingin memudahkan kerja anda, siapkan katalog bagi memudahkan pelanggan anda melihat produk jualan anda.

Sekiranya terdapat pelanggan yang berminat untuk membeli, anda boleh terus memaklumkan kepada pihak HQ. Mereka akan uruskan pembungkusan dan penghantaran produk kepada pelanggan. Tidak lupa juga untuk memastikan pelanggan telah membuat pembayaran dan memberikan maklumat berkaitan alamat, nama dan nombor telefon mereka untuk proses penghantaran tudung.

Secara tidak langsung, anda juga akan mendapat komisyen di atas pelanggan yang membeli produk anda. Seterusnya, akan dikongsikan juga bagaimana cara jadi dropship tudung. Ramai orang yang teringin mahu berniaga tetapi ingin bermula dari dropship dahulu. Namun begitu, mereka tidak tahu caranya dan saluran yang betul. Di bawah ini akan disenaraikan beberapa cara mudah untuk anda jadi dropship tudung. Antaranya ialah:

Sertai Group Perniagaan di Facebook

Cara jadi dropship tudung yang paling mudah dan senang adalah dengan mencarinya di media sosial seperti Facebook. Facebook adalah salah satu daripada media sosial yang ramai peniaga gunakan untuk mengiklankan barangan mereka. Namun begitu, untuk mereka yang ingin membuka laman perniagaan di Facebook anda perlu berdaftar dengan E-Commerce terlebih dahulu.

Jika tidak, akaun anda akan diban daripada Facebook. Oleh itu, disarankan untuk mereka yang ingin berniaga menggunakan Facebook Business yang memang tertumpu untuk business. Facebook juga mempunyai laman marketplace untuk mereka mempromosikan dan mengiklankan barangan mereka.

jika pengguna Facebook teringin untuk membeli barang, bolehlah anda mencuci mata di bahagian marketplace tersebut. Selain itu, di Facebook juga terdapat banyak group yang boleh anda sertai. Jika anda ingin menjadi Dropship, anda boleh sertai group dropship atau agent.

Di dalam group tersebut sedia maklum adalah untuk mereka yang ingin menjadi dropship. Anda hanya perlu mengepost seperti ini “Ada mana-mana jenama tudung yang perlukan dropship?” maka berduyun-duyun lah orang akan komen dan membalas status anda. Hal ini kerana, group tersebut komunitinya adalah mereka yang ingin menjadi dropship dan para-para agent yang mencari dropship di bawah mereka.

Rajin-rajin baca iklan perniagaan di media sosial

Cara jadi dropship tudung yang lain adalah anda perlu merajinkan diri membaca iklan-iklan perniagaan yang terpapar di media sosial. Sudah tentu anda juga mempunyai media sosial bukan? hal ini kerana, banyak dropship yang bermula daripada media sosial terlebih dahulu.

Seperti anda lihat di Facebook, banyak iklan-iklan perniagaan yang terpapar dan jika anda bertuah anda akan melihat iklan-iklan pencarian dropship atau agent. Selalunya mereka akan membuka pengambilan dropship mengikut bulan.

Ianya bergantung kepada sesuatu produk itu juga, bagi produk perniagaan tudung, sudah semestinya mereka akan membuka pengambilan dropship secara berperingkat. Ada yang dikenakan secara percuma dan berbayar. Anda perlu pandai dalam menilai hal itu manakah produk yang sesuai dengan diri anda.

Di instagram pula, anda boleh melihat laman-laman bisnes yang dipaparkan di story instagram. Di situ jugalah mereka akan membuat panggilan pendaftaran dropship atau agent. Contohnya, jika anda teringin untuk menjual satu produk tudung jenama ini. anda perlu selalu melihat kemaskini instagram mereka dari semasa ke semasa.

Kadang-kadang mereka anda membuka pendaftaran dropship semasa IG Live. Oleh itu, jika anda tidak mahu ketinggalan, anda perlu menyertai IG live tersebut. Begitu juga dengan aplikasi perniagaan seperti shopee dan lazada. Ada diantara mereka yang sedang mencari dropship berdasarkan butiran yang mereka letakkan pada produk. Ianya bergantung juga dengan keadaan setiap produk dan jenama.

Lihat di laman-laman web perniagaan tudung

Selain daripada itu cara jadi dropship tudung yang lain adalah dengan melihat website jenama-jenama tudung tersebut. Contohnya, jika anda ingin menjadi dropship jenama tudung Neelofar, anda boleh ke website mereka dan melihat adakah mereka sekarang memerlukan dropship.

Di laman web perniagaan akan ada satu bahagian dimana para dropship,agent,stokis akan memberi pengumuman jika mereka membuka untuk pendaftaran dropship baru. Berbalik kepada laman Instagram dan Facebook, kadang-kadang mereka ada meninggalkan laman web untuk kita kunjungi jika kita perlukan lebih lagi tentang maklumat mengenai dropship.

Seterusnya jika sudah berjaya mendaftar sebagai dropship anda akan diletakkan di bawah agen mengikut negeri. Tetapi kadang-kadang ia tidak mengikut negeri sekalipun, ianya terserah kepada jenama produk yang anda pilih.

Rajin-rajin hantar personal message kepada pembekal di media sosial

Cara jadi dropship tudung seterusnya adalah dengan merajinkan diri menghantar personal message kepada pembekal di media sosial tidak kira di Instagram atau Facebook. Bak kata orang nak seribu daya, tak mahu seribu dalih, oleh itu, bagi mereka yang ingin menjadi dropship anda tidak boleh malu dan segan untuk menghantar personal message kepada admin yang mengelolakan laman perniagaan tersebut.

Apakah maksudnya, maksudnya ialah, jika anda berminat untuk menjadi dropship tudung anda boleh melewati laman-laman perniagaan di Instagram yang berkaitan dengan tudung contohnya, Hana Tajima, Jimmie scarves, Duck Scarves, anda perlu memberanikan diri menghantar direct message kepada admin laman-laman tersebut.

Contohnya, “ Hai, perlukan dropship tak buat masa sekarang?” ianya terpulang jugalah ada setengah admin akan membalas message anda ada juga yang tidak membalasnya. Malah ada juga yang membalasnya tetapi mereka tidak perlukan dropship. Ianya terserah kepada satu jenama itu sendiri. jika anda beruntung anda akan dapat, kalau bukan hari anda, sila cuba lagi.

Panduan Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Untuk panduan memulakan bisnes tudung sendiri yg lebih lengkap, anda boleh baca panduan di bawah. Terbukti ia telah membantu ramai memulakan langkah pertama mereka. Kini giliran anda pula..

Panduan memulakan bisnes tudung sendiri

Kesimpulan

Pelbagai cara boleh dilakukan kepada mereka yang berminat untuk menjadi dropship. Jadi, jika anda sudah membaca artikel ini, anda sudah ada panduan bagaimana cara jadi dropship tudung. Ianya tidak susah mana jika anda bersungguh-sungguh dan tekun mencari. Namun begitu, anda harus pandai menilai produk tudung mana yang ingin anda jual.

Seeloknya, daftarlah menjadi dropship dengan harga komisyen yang berbaloi dan sudah disediakan bahan-bahan promosi dan iklan daripada pihak HQ. Ianya akan memudahkan urusan anda mempromosikan kepada pelanggan. Selainnya, banyak lagi kelebihan jika anda berdaftar menjadi dropship dengan produk tudung yang betul.

Bagi mereka yang menjual dan mencapai target, mereka akan diberikan ganjaran sebagai balasan daripada pihak HQ. oleh sebab itu, anda harus tahu cara mencari dan menilainya dengan betul.

Penutup

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Senangkah menjadi dropshipper? Tak payah modal dan simpan stok. Di dalam artikel ini akan dikongsikan pengalaman menjadi dropship tudung.

Perkongsian ini membincangkan bagaimana seseorang yang ingin menjadi usahawan dapat jual tudung jenama sendiri. Sila baca seterusnya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!